in ,

Bintang Shaolin Soccer Ng Man Tat Meninggal Dunia di Usia 70 Tahun

Bintang filem Shaolin Soccer, Ng Man Tat, 70, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Union, Hong Kong, jam 5.16 petang, hari ini.

Siapa tidak kenal dengan pelakon Hong Kong iaitu Ng Man Tat yang pernah berlakon dengan Stephen Chow. Ng Man Tat dianggap sebagai pelakon lagend dan sentiasa memberi lakonan yang terbaik dalam kebanyakan filem bersama Shephen Chow itu.

Mengikut laporan Today Online, berita kematian pelakon legenda era 1990-an itu disahkan oleh rakan baiknya, Tin Kai Man. Kai Man mendedahkan, Man Tat meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika tidur.

“Doktor memberi ubat bagi melegakan kesakitan selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak beberapa hari lalu. Man Tat meninggal dunia ketika isteri, anak dan adik beradik berada di sisinya.

“Beliau menjalani pembedahan selepas didiagnosis penyakit kanser hati dan menjalani kemoterapi. Keadaan Man Tat lemah dan hanya mampu berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Kesihatan Man Tat semakin merosot, sejak kebelakangan ini,” kata Kai Man.

Ng Man Tat

Man Tat disahkan menghidap kanser hati pada penghujung tahun lalu dan menjalani rawatan di Macau.

Bagaimanapun, itu bukanlah kali pertama kesihatan terganggu, sebaliknya, beliau disahkan menghidap penyakit kencing manis pada 2000.

Beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat masalah pernafasan sebelum disahkan menghidap penyakit jantung pada 2014.

Bulan lalu, beliau mendapat serangan jantung selepas videonya memegang dada dalam keadaan kesakitan ketika berada di lokasi penggambaran menjadi tular.

Man Tat memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 22 tahun pada 1973. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak bergandingan dengan Raja Komedi Hong Kong, Stephen Chow. Pemergiannya cukup dirasakan Chow. 

Ng Man Tat

Menurut Chow, meskipun sudah bersedia dari sudut mental, namun kehilangan rakan seperjuangan adalah sesuatu yang amat memedihkan.

“Walaupun sentiasa memberi perhatian kepada tahap kesihatannya, malah saya sudah membuat persediaan dari sudut mental, tetapi berita ini amat menyedihkan.

“Man Tat adalah rakan lama. Kami sudah bergandingan, sejak sekian lama. Saya tidak dapat menerima kenyataan pemergiannya,” kata Chow.

Antara filem yang pernah menggandingkan mereka termasuklah Shaolin Soccer, The Justice Of Life, The Final Combat dan banyak lagi.

Sepanjang kerjayanya, Man Tat pernah memenangi pelbagai anugerah. Antaranya, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem A Moment Of Romance pada Anugerah Filem Hong Kong pada 1991. Beliau juga dicalonkan dalam Taiwan Golden Horse.

Mengimbau perjalanan karier mendiang, dia telah memulakan karier seninya ketika berusia 22 tahun pada 1973 dan sebanyak 139 buah filem yang dilakonkannya. Ini termasuk filem yang dilakonkan bersama pengarah dan pelakon komedi Stephen Chow antaranya The Final CombatThe Justice of Life, Fight Back To School, Taxi Hunter dan Shaolin Soccer.

Filem pertama lakonan Ng Man Tat ialah Hong Kong Emmanuelle pada tahun 1977. Manakala filem terakhir yang dilakonkannya adalah filem The Wandering Earth pada tahun 2019. Dia turut membintangi 20 buah rancangan drama di televisyen.

Pada 1991, mendiang dianugerahkan Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Filem Hong Kong menerusi karakternya dalam A Moment of Romance yang turut dibintangi pelakon Andy Lau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Jebat Jayden Luah Perasaan, Netizen Suruh Sharnaaz Ahmad Letak ‘Subtitle’

Muhyiddin Yassin Kongsi Keadaan Selepas Cucuk Vaksin, Syukur Badan Sihat