in

Bintang Akademi Fantasia 8 di Media Nite Suria FM

Penuh dengan warna-warni. Media Nite anjuran Suria FM dan Red FM semalam ternyata meriah dengan kehadiran semua media dunia hiburan serta bintang selebriti. Semua yang hadir ada yang memakai jersi bola sepak sempena tema Football Fever.

Media Nite yang berlangsung di Pacific Regency Hotel Suites ini turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang Akademi Fantasia 8 antaranya Anum, Ema, Adira, Iwan, Ain dan Maulana. Juara AF8, Shahir tak dapat datang kerana ada show korporat. Wah, sibuknya Shahir ya selepas bergelar juara. Tak menang tangan. Budiey dengar, Shahir antara bintang yang sangat sibuk. Dah sah-sah Shahir ni champion, mestilah ramai yang mahukan persembahan Shahir. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Bintang AF dari musim lain juga turut hadir. Antaranya, Akim dan Mila.

Ini gambar yang sempat Budiey ambil bersama mereka.

Budiey bersama Maulana

Bersama Ema, kakak Adira

Bersama Stacy. Jahat! Heheh Single terbaru Stacy!

Anum

Iwan

Ain

Ema, kakak Adira

Maulana

Stacy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Age of Glory II di NTV7

Suria FM & Red FM Raikan Media Nite 2010