in , ,

Beza Umur 17 Tahun, Harris Alif Akui Sedang Hangat Bercinta Dengan Intan Ladyana

Pengacara dan pelakon Harris Alif atau nama sebenar Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, bertindak mendedahkan hubungan percintaannya yang makin mekar dengan pelakon senior, Intan Ladyana, 38. Wah! Biar benar ni!

Perkongsian foto pelakon Harris Alif bersama Intan Ladyana mengenakan pakaian raya sedondon di Instagram mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengikut yang mahukan penjelasan berhubung status hubungan mereka. Menurut Harris, perkongsian foto dibuatnya Instagram sebagai kenangan raya teristimewa mereka.

Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, Harris mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berusia 38 tahun itu.

Pada Selasa lalu, Juara Idola Kecil musim ketiga ini berkongsi foto raya bersama Intan di Instagram.

Second raya with love,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Beza Umur 17 Tahun, Harris Alif Akui Sedang Hangat Bercinta Dengan Intan Ladyana

“Ya, kami sedang berada di fasa baharu hubungan. Kami mula serius sejak Februari lalu dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Sejujurnya saya dah kenal Intan sejak 10 tahun lalu, tapi masa itu tiada apa-apa perasaan istimewa, sehinggalah kami berjumpa semula tahun ini.

“Perancangan nak kahwin tu belum ada lagi, sebab hubungan ini pun masih baharu lagi… apa yang boleh saya kata, minta doa yang baik-baik untuk kami ya!,”

“Kami rapat dan mula berhubung pada tahun ini serta segala-galanya pun bermula. Selepas makin rapat kerana sering berhubung, barulah timbul keserasian dan perkara-perkara lain.

“Memang kini saya bercinta dengan dia (Intan). Apatah lagi, perhubungan kami dijalin pada dasar suka sama suka dan ikhlas. Malah, atas sebab itu juga perbezaan umur yang ketara tidak pernah kami sentuh untuk dibicarakan.

“Lagi pun, saya tak nampak reaksi daripada Intan yang melihat saya sebagai terlalu muda untuknya.

Tak dinafikan, sudah tentu kami ada bercakap soal perbezaan umur, namun asalkan tiada masalah atau penghalang, kami okay.

“Sekarang, kami masih dalam fasa nak kenal hati budi masing-masing dan boleh dikatakan memang ke arah lebih serius,”

– Harris Alif
Beza Umur 17 Tahun, Harris Alif Akui Sedang Hangat Bercinta Dengan Intan Ladyana

Harris yang kini mengacara program MPop! TV3 mengakui, dahulunya dia memanggil Intan dengan gelaran kakak setiap kali mereka bertemu di acara hiburan.

“Tapi, kali akhir jumpa dia di acara Jom Heboh tahun lalu, saya dah tak boleh panggil Kak Intan dan dia pun rasa pelik jika saya memanggilnya begitu.

“Namun, Alhamdulilah keluarga saya pun okay dan tak cakap apa-apa mengenai hubungan kami.

Malah, buat masa ini kami pun tiada sebarang perancangan untuk me langkah ke fasa seterusnya,”

– Harris Alif

Menurut Harris, dia juga selesa mengikut arus dan belum terfikir langkah selanjutnya seperti mengikat pertunangan kerana hubungan mereka masih terlalu awal.

Mengulas kecaman yang diterima kerana percintaan ‘beza usia 17 tahun’ mereka, Harris mengakui tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Semua orang ada hak untuk bersuara. Tak kisahlah mereka nak kecam atau mahu beri pandangan termasuk galakan.

“Saya terima semuanya dan tak ambil serius apa yang diperkatakan. Asalkan saya dan Intan okay tiada masalah.

“Orang bercakap hanya kerana tengok gambar dan mereka tak kenal kami secara peribadi. Jadi mereka bebas nak kata apa-apa sahaja,” katanya.

– Harris Alif

Ujar Harris, sebelum rapat dengan Intan, mereka tak pernah ‘lepak’ bersama atau berhubung. Cuma, kami saling mengikuti perkongsian di Instagram sahaja.

Sementara itu, Intan Ladyana pula selesa dengan pendekatan mengunci mulut dan enggan berkongsi sedkit pun berkaitan kisah percintaannya itu.

“Minta maaf saya tak nak komen. Apa kata tanya Harris sendiri kerana dia yang buat hantaran (posting) di Instagram dan bukannya saya.

“Malah, rasanya semua orang tahu sejak dulu lagi saya agak susah nak jawab soalan berbaur peribadi sebegini,” katanya ketika dihubungi.

– Harris Alif

Kini, di media sosial hangat memperkatakan kisah percintaan Harris dan Intan berikutan jarak usia yang terlalu ketara di antara mereka.

Sementara itu, Harris berkata perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Malah, perhubungan mereka itu turut mendapat restu keluarga.

“Ramai cakap fasal perbezaan usia, bagi saya itu hanya angka… saya tak nampak ianya sebagai satu masalah kerana masing-masing tahu apa matlamat dalam hubungan.

“Lagipun bukan kami sahaja yang melalui hubungan berbeza usia ini, ada orang lain pun sama dan mereka dah buktikan perbezaan umur bukan penghalang.

“Dalam hal ini, saya bersyukur kerana keluarga okay sahaja dan mereka merestui,” ujarnya.

– Harris Alif

Ditanya mengenai sisi peribadi Intan yang berjaya menawan hatinya, Harris berkata pelakon drama Ironi Kasih ini seorang wanita yang matang.

“Intan seorang yang sangat ringkas… saya suka sebab dia tak ada ‘drama-drama’, dia juga matang dan saya rasa banyak benda yang kami boleh ‘masuk’!,”

– Harris Alif

Bagaimanapun, ada netizen mengatakan cinta tidak mengenal usia dan tiada masalah jika perbezaan umur 17 tahun. Malah, ramai yang mengatakan pasangan itu sama cantik sama padan.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tiada Latar Belakang Filem Bukan Masalah,” – Zakaria Abdul Hamid

Pelakon Shah Radhi Hazvee Ditahan Polis, Betul Ke Bawa Lari Isteri Orang?