in , ,

Betul Ke Video Muzik Shiha Zikir PIPIYAMA Eksploitasi Tubuh Sasa Lelaki?

Adegan seorang lelaki tidak berpakaian di dalam muzik video terbaru, Shiha Zikir, berjudul Pipiyama yang dilancarkan menerusi saluran YouTube penyanyi itu (Shiha Zikir) jam 8 malam tadi, mengundang perdebatan di kalangan warganet.

Lagu bernuansakan dangdut itu, dikatakan telah mengeksploitasi tubuh sasa seorang lelaki yang juga model muzik video berkenaan dalam keadaan separa bogel.

Muzik Video PIPIYAMA – Shiha Zikir

Sebelum muzik video itu dilancarkan lagi, netizen dan warganet sudah mula kecoh dan kurang bersetuju dengan ‘teaser’ pengenalan lagu itu yang dianggap ‘keterlaluan’ dan bertentangan dengan adab Melayu, meskipun belum melihat sepenuhnya muzik video lagu itu.

Shiha Zikir ketika dihubungi meminta warganet dan peminat agar bertenang sebelum membuat sebarang andaian.

“Sudahkah anda melihat muzik video Pipiyama? Rasanya ianya hanya akan dilancarkan jam 8 malam ini, jadi bagaimana anda membuat telahan bahawa muzik video itu mengeksploitasi tubuh lelaki dalam keadaan separa bogel?

“Saya mohon peminat dan umum menonton dulu muzik video itu sebelum membuat sebarang andaian,”

– Shiha Zikir

Jelas Shiha, babak dedah tubuh itu sebenarnya ingin menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian dengan mesej yanh ingin disampaikan menerusi lagu nukilan komposer dan penulis lirik dari Seberang, Atra Petrana.

“Lelaki bujang biasanya dikaitkan dengan fizikal dan rupa paras yang kacak. Manakala lelaki yang berkahwin atau berstatus duda, mungkin penampilan kurang segak tetapi banyak wang! haha!”

“Bagi saya ini adalah satu persepsi yang normal,”

– Shiha Zikir

Ditanya adakah lagu ini mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya, Shiha mengakui, dia pernah mengalami situasi seperti ini. Walau bagaimanapun terbuka menerima jodohnya sama ada lelaki bujang atau duda asalkan bukan suami orang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

911 The Reunion 2019: Kuala Lumpur Tickets on Sale on 18 April 2019 onwards!

Sanggup Tidur Atas Lantai Demi Tiket Konsert Westlife The Twenty Tour 2019