in ,

Betul Ke Sharnaaz Ahmad Mahu Bersara?

Dek kerana sudah tidak tahan lagi untuk berdepan dengan pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan dirinya sejak dari mula bergelar anak seni sehinggalah saat ini, justeru pelakon kesayangan ramai produser, Sharnaaz Ahmad mengambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia hiburan tanah air. Atau dalam erti kata lain, bersara dalam masa terdekat ini.

Apa-apa pun, sekarang ni, keputusan mahu bersara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana dia baru sedar yang dia punya beberapa lagi projek besar yang harus dilaksanakan dahulu sebelum dia betul-betul ‘cuci tangan’ dari dunia lakonan.

“Ikutkan hati memang saya nak bersara cepat. Tapi ada beberapa projek yang perlu saya laksanakan dulu. Antaranya, satu projek drama dengan pihak produksi dari Singapura. Memang, saya sayang kerjaya lakonan ini. Ini adalah passion saya. Tapi saya sudah tidak mampu lagi berdepan dengan lepas satu, satu kontroversi dan fitnah itu dan ini. Kalau dalam setahun saya boleh tahan lagi. Tapi sampai satu tahap apabila ibu bapa dan keluarga saya dikaitkan sama dengan kontroversi saya, saya betul-betul tak boleh tahan.”

Sebaik saja angkat kaki daripada bidang yang menjadi sumber rezekinya sejak lima tahun ini, Sharnaaz berkata dia bakal kembali kepada kerjaya lamanya, iaitu dalam bidang hartanah. Malahan lebih mengujakan anak kelahiran Pulau Pinang ini, dia mahu merealisasikan cita-cita yang lama dipendam, sebagai pelumba motosikal profesional.

“Dah lama dah saya minat sukan lumba motosikal. Sekarang ni saya dah mula menjalani latihan sebagai pelumba motosikal profesional. Sekarang ni saya dah mula menjalani latihan di litar Sepang. Setakat ni saya dah belajar jatuh.”

Bagi Budiey, Sharnaaz tak perlu nak bersara, industri masih lagi memerlukan bakat lakonan dari Sharnaaz, setuju tak semua?

Sharnaaz Ahmad di ASK 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aidil Bengang Rita Tuntut Nafkah RM5,392

Snow White, The Evil Queen & The Seven Dwarfs Gather In Malaysia!