in , ,

Betul Ke Shah Jaszle Putus Tunang?

[dropcap]B[/dropcap]eberapa hari ini, ramai yang pening. Ada yang pening sebab masalah jerebu. Ada pula yang pening dengan masalah peribadi. Begitu juga dengan isu khalwat yang melibatkan aktor ShahzJaszle atau Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, nampaknya masih belum selesai lagi.

Kisah kontroversi Shah Jaszle bersambung lagi hari ini. Perkembangan terkini, mungkin kerana sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri yang mahu memutuskan pertunangan, Shah Jaszle dikatakan telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi ‘punca’ isu kontroversi ini berlaku

Dalam laporan Berita Harian hari ini, pihak keluarga Redzwani nampaknya telah menghubungi akhbar harian arus perdana itu untuk mengesahkan bahawa Redzwani dengan Shahz Jaszle sudah pun putus tunang.

Pertunangan di antara Shahz Jaszle & Redzwani Puteri Ismail, 25, yang juga seorang pelajar jurusan perubatan itu putus sejak 10 hari yang lalu di mana ianya telah telah diputuskan sendiri oleh keluarga Redzwani.

Difahamkan, ibu bapa Redzwani turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.

Keluarga Redzwani dikatakan bertindak sedemikain setelah meliaht sendiri kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pun begitu, pihak lelaki sebolehnya mahu merahsiakan tentang berita putus tunang tersebut.

Dikhabarkan, pelakon ini memang benar benar melepaskan amarahnya petang semalam dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun tidak diketahui butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tetapi khabarnya pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.

Sumber: Berita Harian

Shahz Jaszle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini

VIDEO Temubual Bersama Penerbit Program GM2