in , , ,

Betul Ke Hael Husaini & Dayang Nurfaizah Bakal Bertunang?

Penyanyi, Hael Husaini tergamam saat diajukan persoalan sejauh mana kebenaran bakal mengikat tali pertunangan dengan Dayang Nurfaizah.

Menafikan desas-desus yang bertebaran, Hael berkata, dia menerima sesiapa sahaja yang ditakdirkan sebagai jodohnya. Berikut penjelasan Hael tentang dakwaan bakal melamar dan mengikat tali pertunangan dengan Dayang dalam masa terdekat ini.

“Belum lagi (ketawa). Saya tak nak komen. Bahaya soalan ini! Apapun, insya-Allah, jika ada rezeki dengan sesiapa yang sudi, sampailah jodoh saya bertunang,”

– Hael Husaini
Dayang Nurfaizah _ Hael Husaini 4
Hael Husaini tidak pernah tertekan hidup bujang, tetapi pernah terdetik mahu berumah tangga ketika usia semakin meningkat.

Penyanyi lagu Jampi dan Hajat itu berkata, dia tidak pernah sunyi, walaupun masih hidup bersendirian pada usia 33 tahun.

“Saya tak pernah tertekan melihat rakan-rakan sekeliling sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata.

“Tiada ada masalah pun bergelar bujang, jauh sekali tertekan. Cuma, pernah juga terdetik alangkah seronoknya jika berkahwin pada usia semakin meningkat ini.

“Apapun seperti single terbaharu berjudul Bujang, jodoh itu akan ada. Kena rajin mencari dan doa yang baik-baik supaya orang yang baik juga datang kepada kita,”

– Hael Husaini

Mengenai komen peminat yang menganggapnya calon paling layak meneruskan legasi yang ditinggalkan penghibur terkenal, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad berdasarkan lagu yang dihasilkan, Hael menyifatkan ia adalah satu penghargaan buatnya.

“Untuk meneruskan legasinya, saya rasa tidak akan ada siapa yang dapat menggantikan tempatnya. Saya lebih rela menjadi diri saya sendiri,”

– Hael Husaini
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO GO & Warner TV Celebrate DC Fandome With Over 30 Hours Of DC Super Heroes

Gambar Hiasan

Viral Orang Ramai Langgar SOP di Jeti Kuala Perlis Cetus Kemarahan Netizen