in , , ,

Betul Ke Fazura & Fattah Amin Bakal Timang Anak Lelaki?

Bakal menimang cahaya mata sulung dijangka Oktober depan, bagaimana pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin mahu merahsiakan jantina anak terlebih dahulu dan akan diumumkan apabila tiba waktunya kelak.

Bagaimanapun, status di Instagram pengurus Fazura iaitu Iman Tang menjadi perhatian ramai apabila seolah memberi bayangan pasangan itu bakal menimang cahaya mata lelaki. Berkongsikan gambar bersama Fazura, lebih menjadi perhatian apabila Iman Tang memaklumkan sudah ‘booking’ anak pasangan itu untuk menjadi penyokong kelab bola sepak Liverpool.

Bagaimanapun ketika dihubungi Gempak, Iman memaklumkan dia tetap akan melakukannya tanpa mengambil kira jantina bayi pasangan itu. Malah Fazura dan Fattah sendiri juga belum tahu tentang jantina anak mereka.

“Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan?

“Sebenarnya saya dah ‘booking’ baby Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan.

“Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,”

– Iman Tang

Sebelum ini, Fazura berkata dia dan Fattah mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jantina cahaya mata sulung mereka kepada umum sehinggalah bayi itu dilahirkan.

Malah, Fazura memberitahu orang ramai tidak perlu berteka-teki mengenai jantina bayi mereka sebaliknya mohon supaya mendoakan agar dia dan anaknya berada dalam keadaan selamat kerana itu lebih penting.

Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Pengecualian Sewaan Premis Untuk Penganjur Teater & Konsert

Pemilik iPhone 12 Kena beli Kepala Pengecas & Fon Kepala Berasingan