in ,

Betul Ke Covid-19 Tersebar Melalui Udara? Ini Sebabnya Penting Jaga Jarak

Tular di laman sosial apabila virus Covid-19 dikatakan boleh tersebar melalui udara, dan persoalan ini ada dijelaskan doktor viral dan hos, Dr Say Shazril menerusi satu perkongsian video dari World Health Organisation.

Menerusi perjelasan dari WHO, virus itu tersebar menerusi titisan pernafasan yang melekat di permukaan dan atas sebab itu setiap individu dinasihatkan menjaga jarak antara satu hingga dua meter. Jelas Dr Say, Covid-19 tersebar melalui udara hanya kepada kakitangan perubatan yang terpaksa melakukan intubasi buat pesakit Covid-19 kerana terdedah secara langsung kepada faktor yang disebutkan tadi.

Topik: Covid-19 Tersebar Melalui Udara?

First of all sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana hari ini Dewan Bandaraya & Majlis Perbandaran telah menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian mask di supermarket.

Pihak atasan dengar rintihan & suara kita peeps, syukur Alhamdullilah. Terima kasih juga @kementeriankesihatanmalaysia atas tindakan yg cukup pantas & cekap.

“Merujuk kepada topik arini, sy ada dapat beberapa dm berbunyi “doc, tau tak COVID-19 ni boleh tersebar melalui udara? Tak ke bahaya kalau kita tersedut udara yg ada virus ni?”.

“Well peeps, COVID-19 hanya boleh tersebar melalui udara kepada medical frontliners kita apabila mereka ingin melakukan prosedur2 invasive seperti intubasi. Atas sebab ini lah kenapa kita nampak mereka pakai suit tebal macam astronaut beserta penutup mata,”

View this post on Instagram

Topik : COVID-19 TERSEBAR MELALUI UDARA? First of all sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana hari ini Dewan Bandaraya & Majlis Perbandaran telah menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian mask di supermarket. Pihak atasan dengar rintihan & suara kita peeps, syukur Alhamdullilah. Terima kasih juga @kementeriankesihatanmalaysia atas tindakan yg cukup pantas & cekap. Merujuk kepada topik arini, sy ada dapat beberapa dm berbunyi “doc, tau tak COVID-19 ni boleh tersebar melalui udara? Tak ke bahaya kalau kita tersedut udara yg ada virus ni?”. Well peeps, COVID-19 hanya boleh tersebar melalui udara kepada medical frontliners kita apabila mereka ingin melakukan prosedur2 invasive seperti intubasi. Atas sebab ini lah kenapa kita nampak mereka pakai suit tebal macam astronaut beserta penutup mata. Senang kata kepada rakyat jelata CARA PALING UTAMA COVID-19 ni merebak adalah melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) daripada batuk/ bersin mereka2 yg dijangkiti. Sebab itulah TERSANGAT PENTING kita menjaga jarak antara satu sama lain sebab virus in boleh merebak sehingga 1 meter. Lepas tu mesti korang nak tanya “virus ni boleh hidup pada permukaan, betul ke doc?”. Jawapannya ya akan tetapi ini bukanlah CARA UTAMA COVID-19 merebak. Atas sebab inilah juga TERSANGAT PENTING untuk kita kerap mencuci tangan. Semua benda yg disarankan ada tujuannya peeps. Takdelah KKM, WHO suruh kita laksanakan semua ni tanpa sebab. Betapa indahnya ilmu, bila kita tahu kenapa kita perlu menjarakkan diri, kenapa kita perlu kerap cuci tangan barulah kita mahu melakukannya dengan jitu. Walaupun sy tiada kepakaran dalam bidang ini tapi sekiranya sy berjaya menjawab persoalan yg bermain di pemikiran korang, cukup membahagiakan sy dah. #schoolingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Malah atas sebab itu, doktor itu turut menyarankan agar netizen menjaga jarak sehingga satu meter setiap kali bertemu individu lain.

Malah dia turut menasihati ramai agar kerap mencuci tangan.

“Senang kata kepada rakyat jelata CARA PALING UTAMA COVID-19 ni merebak adalah melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) daripada batuk/ bersin mereka2 yg dijangkiti. Sebab itulah TERSANGAT PENTING kita menjaga jarak antara satu sama lain sebab virus in boleh merebak sehingga 1 meter.

“Lepas tu mesti korang nak tanya “virus ni boleh hidup pada permukaan, betul ke doc?”. Jawapannya ya akan tetapi ini bukanlah CARA UTAMA COVID-19 merebak. Atas sebab inilah juga TERSANGAT PENTING untuk kita kerap mencuci tangan.

“Semua benda yg disarankan ada tujuannya peeps. Takdelah KKM, WHO suruh kita laksanakan semua ni tanpa sebab. Betapa indahnya ilmu, bila kita tahu kenapa kita perlu menjarakkan diri, kenapa kita perlu kerap cuci tangan barulah kita mahu melakukannya dengan jitu.

“Walaupun sy tiada kepakaran dalam bidang ini tapi sekiranya sy berjaya menjawab persoalan yg bermain di pemikiran korang, cukup membahagiakan sy dah. #schoolingbysay,” jelasnya panjang lebar.

Foto : Instagram Dr Say

Dr Say Shazril
Dr Say Shazril
Dr Say Shazril
Dr Say Shazril
Dr Say Shazril
Dr Say Shazril

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Sebak PM Pimpin Bacaan Doa COVID-19, PKP Dilanjutkan 14 Hari

Isteri Fitri Haris, Fazilah Omar Keguguran