in ,

Betul Ke Alyah & Ramli MS Kahwin Senyap-Senyap?

Awal minggu ini penyanyi Alyah dikhabar mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia gara-gara penyiaran sebuah artikel di akhbar tersebut yang berjudul Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS.

Selama ini pelantun Tak Mungkin Kerna Sayang ini memang digosipkan bercinta dengan pengarah muzik terkenal itu. Terbaru, dalam Portal Murai menyebut, Datuk Ramli MS dan Alyah sebenarnya sudah pun berkahwin senyap-senyap.

Berita tersebut datangnya daripada seorang rakan yang agak rapat jugalah dengan Ramli MS. Individu tersebut dikatakan telah terlepas cakap. Oh my god… betul ke ni? Macam tak percaya je ni.

Menurut portal berkenaan, pasangan itu sudah pun berkahwin selepas Alyah mengerjakan umrah pada April lalu iaitu selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

Alyah juga sudah pun tinggal bersama di rumah pengarah muzik itu yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong.

Jika benar seperti yang didakwa, kami doakan Ramli MS dan Alyah berbahagia selamanya. Perkara baik, apa yang hendak disorokkan, peminat pun nak tahu juga.

Okay, kalau nak tahu kepastiannya, pasti ramai media akan datang ke sesi rakaman Stailista Unplugged yang mana Alyah juga antara penyanyi wanita yang turut menyumbangkan suara untuk program yang menggabungkan penyanyi bertudung iaitu Siti Nurhaliza, Najwa Latif dan Shila Amzah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Album Hijjaz Berkonsep Pop Rock Berjudul JANJI

One In A Million Kembali Dengan Elemen American Idol & The Voice