in

Betty Rahmad Bertunang Bakal Nikah Januari Depan

TAHNIAH kami ucapkan buat pasangan, Betty Rahmad dan Ardy Damis yang sudah sah mengikat tali pertunangan selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Betty Rahmad Bertunang Bakal Nikah Januari Depan

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis yang berlangsung di rumah keluarga aktres wanita berkenaan di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada petang Ahad lalu. Betty yang merupakan adik bongsu kepada pengarah terkenal, Erma Fatima dan pelakon, Umie Aida berkata dia tidak mahu mengikat tali tunang untuk tempoh yang lama.

Betty Rahmad Bertunang Bakal Nikah Januari Depan

Justeru, mereka merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada Januari tahun depan.

“Kami tidak mahu bertunang lama-lama. Walaupun masa agak singkat iaitu hampir tiga bulan untuk membuat persiapan majlis pernikahan, ia bukan satu masalah. Saya percaya andai kita rancang perkara ke arah kebaikan pasti Allah akan dipermudahkan. Untuk majlis pertunangan ini pun ia hanya ambil masa seminggu,” katanya dipetik Harian Metro.

Pada masa sama, Ardy pula mengatakan kalau boleh mahu terus melangsungkan pernikahan tanpa perlu bertunang tetapi akhirnya, pasangan ini memutuskan untuk mengikut adat. Dalam pada itu, Erra Fatima turut melahirkan rasa syukur apabila adik bongsunya itu akhirnya bertemu jodoh dengan buah hati pilihan.

Tambah pengarah itu, dia berharap Betty mampu tabah dalam menempuh fasa pertunangan dan mendoakan agar majlis perkahwinan pasangan itu akan dipermudahkan kelak.

“Alhamdulillah, sampai jodoh adik bongsu saya. Betty seorang saja yang belum berkahwin. Kami lima beradik yang lain sudah melalui fasa berumah tangga. Hanya doa yang baik daripada saya dan adik beradik lain untuk melihat mereka bahagia ke jinjang pelamin dan menempuh alam berumah tangga. Saya lihat Ardy budak baik. Insya-Allah, semoga dia dapat membimbing Betty menjadi isteri solehah,” ujarnya dengan nada syukur.

Terdahulu, Ardy telah membuat kejutan dengan melamar Betty sewaktu menghadiri majlis hari lahir anggota kumpulan De Fam, Azira yang diadakan di Indonesia pada 24 September lalu.

Saat romantis itu telah dikongsi oleh pasangan tersebut di laman sosial masing-masing.

Sekali lagi, tahniah diucapkan buat pasangan ini di atas pertunangan kalian dan semoga segala perancangan menuju hari bahagia nanti dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Harian Metro

Betty Rahmad Bertunang Bakal Nikah Januari Depan

Betty Rahmad Bertunang Bakal Nikah Januari Depan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE GLASS CASTLE

Tan Sri Tony Fernandes Menang Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia ‘Asia House’ 2017