in , , ,

Berita Fasha Sandha Keguguran Dapat Reaksi Peminat

Pelakon Fasha Sandha menyatakan bahawa kandungannya telah keguguran. Berita sedih ini yang diumumkan melalui Instagram pagi tadi pasti mengejutkan ramai peminat. Semoga Fasha dan Aidil tabah menghadapi dugaan ini.

Hanya sempat menikmati seketika debaran untuk kembali menimang cahaya mata, Fasha Sandha akur menerima kenyataan pahit apabila kandungannya gugur.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, pagi tadi, Fasha tidak mampu membendung kesedihan, selain memohon maaf kepada suaminya, Aidil Aziz dan dua anaknya apabila impian untuk menerima ahli baharu dalam keluarga tidak menjadi kenyataan.

Berita Fasha Sandha Keguguran Dapat Reaksi Peminat

“Saya dan suami akan terus berdoa serta berusaha, semoga ada rezeki lagi untuk hamil masa akan datang. Insya-Allah, kita akan lebih kuat.

“Terima kasih Allah kerana menumpangkan ‘anak syurga’ ini ke dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika,”

– Fasha Sandha

Fasha yang mengumumkan kehamilannya pada Ramadan lalu mengakui, keguguran berlaku mungkin kerana dia terlalu aktif.

“Sebelum cuti beraya, doktor sudah berpesan supaya banyakkan berehat dan jangan terlalu lasak.

“Saya tak dengar cakap doktor supaya jangan banyak bergerak ketika hari raya. Saya naik turun kereta api, kapal terbang, jalan laju dan buat kerja sampai selalu terlupa ada bayi kecil dalam perut.

“Saya terlalu aktif sampai lupa kandungan awal memerlukan banyak rehat. Saya tahu diri ini bukan ibu yang terbaik,”

– Fasha Sandha

Fasha juga berterima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya apabila mendapat tahu dirinya hamil.

“Terima kasih atas doa sebelum ini. Saya amat sedih untuk memberitahu yang saya keguguran Semoga semua dapat mendoakan saya dan suami kuat menempuhi ujian ini,”

– Fasha Sandha

Fasha dan Aidil, 30, diijabkabulkan pada 30 Mac lalu. Ia adalah perkahwinan kedua bintang Anak Halal itu. Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Terakhir Boyzone Di Kuala Lumpur Bakal Dihadiri Lebih 5,000 Peminat

Janna Nick Tolak Cinta Syafiq Kyle Pilih Baim Wong Dalam BUKAN CINTA AKU