in ,

Ben Amir Terharu Peminat Hadiahkan iPhone di Pelancaran Saluran Youtube

Pelakon Ben Amir meluahkan rasa gembira dan terkejut apabila menerima hadiah berupa iPhone dari peminatnya. Perkara itu dikongsi Ben menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Ben Amir meluahkan rasa terharu dengan sokongan daripada peminat setia yang tidak putus-putus menyokongnya dari dulu sampai sekarang. Berkata di Pelancaran Saluran Youtube Ben Amir siang tadi, pelakon ini tidak sangka dengan kejutan daripada peminat menghadiahkan iPhone 11 Pro Max yang sanggup mengumpul wang bagi menggantikan telefon bimbitnya yang rosak. 

Ben Amir Terharu Peminat Hadiahkan iPhone di Pelancaran Saluran Youtube

Menurut Ben, hadiah itu diberikan kepadanya ketika dia mahu melancarkan saluran YouTube miliknya.

“Nak lancarkan YouTube Channel tapi dapat iPhone pula, you guys memang awesome!” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Ben juga sempat menulis ucapan penghargaan buat para peminatnya.

“Terima kasih banyak-banyak untuk kasih sayang dan sokongan yang diberikan, saya sangat hargainya, tak terkata apa-apa sejak semalam,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Ben tumpang gembira melihatnya menerima telefon pintar kesukaan ramai itu.

Malah, aktor yang kini berusia 30 tahun ini berjanji sentiasa mengemas kini saluran Youtube itu dengan pelbagai isi kandungan seperti aktiviti seharian, di sebalik tabir drama atau filem yang dibintanginya dan pelbagai lagi.

Perkembangan terkini, Ben Amir kini dilaporkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Sang Pewaris.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Warganet Puji Vokal Naim Daniel Cover Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU

Pelik Tapi Benar! Remy Ishak Dedah Rahsia Masih Malu Depan Kamera