in , , , ,

Ben Affleck, Charlie Hunnam, Garrett Hedlund & Chuck Roven Promosi Netflix’s TRIPLE FRONTIER di Singapura

Tanggal 8 Mac lalu, Budiey.com telah terbang ke Singapura untuk mengadakan liputan di satu acara besar-besaran anjuran NETFLIX. Jom baca pengalaman penulis semasa berada di sana.

Lewat petang di remang senja sore Jumaat lalu, di hamparan karpet merah, peminat berpusu-pusu beratur elok menunggu pelakon filem Netflix Original TRIPLE FRONTIER iaitu Ben Affleck, Charlie Hunnam, Garrett Hedlund dan penerbit Chuck Roven yang diterbangkan ke bumi Singapura untuk mempromosikan filem itu dan bertemu dengan peminat di sana. Wah! Bertuah sungguh orang Singapura selalu dapat bertemu dengan pelakon hebat bertaraf antarabangsa!

Triple Frontier Fan Event In Singapore

Rasanya hari ini adalah hari yang sesuai untuk Budiey siarkan corat-coret semasa berada di acara anjuran Netflix ini kerana esok, tanggal 13 Mac filem TRIPLE FRONTIER akan ditayangkan secara premiere. Budiey pun sebenarnya sangat teruja untuk menonton filem ni sampai habis esok!

Triple Frontier Key Art
Poster Filem TRIPLE FRONTIER

Berlokasikan satu kawasan yang cukup luas iaitu di sebuah pusat membeli belah cukup ikonik, The Shoppes di Marina Bay Sands, para peminat kelihatan begitu teruja untuk bersua muka dengan pelakon terkenal itu. Apatah lagi ada di kalangan mereka membawa banner dan siap sedia dengan kamera untuk berselfie dan menandatangani autograf dengan bintang pujaan mereka.

Triple Frontier Fan Event In Singapore

Seawal pagi Jumaat lagi khabarnya, ada peminat sanggup menantikan kedatangan selebriti pujaan mereka. Acara kemudiannya diikuti pula dengan sidang akhbar pada pagi Sabtu. Di mana Budiey.com turut berada di sana untuk mendengar sidang media bersama pelakon.

Triple Frontier Fan Event In Singapore

Untuk info pembaca, filem TRIPLE FRONTIER adalah merupakan sebuah filem keluaran Netflix, arahan calon Anugerah Academy J. C. Chandor,

Filem aksi ini mengisahkan tentang sekumpulan bekas anggota Gerak Khas yang merancang satu rompakan jutaan dolar dari pengedar dadah terkemuka di sempadan Amerika Selatan.

Trailer Rasmi TRIPLE FRONTIER

Lima sekawan ini (lakonan Ben Affleck, Oscar Issac, Charlie Hunnam, Garret Hedlund dan Pedro Pascal) mewarnai filem aksi dengan plot-plot yang cukup menarik dan mendebarkan.

Sifat tamak yang terbit di kalangan kumpulan ini memberikan plot twist yang berkesan di dalam filem. Apakah operasi mereka berjaya menumpaskan jenayah pengedar dadah tersebut?

Berjayakah mereka berkongsi wang yang dicuri itu? Jangan lupa saksikan Triple Frontier di Netflix bermula 13 Mac ini.

Secara kebetulan, ini adalah kali pertama ketiga-tiga pelakon tersebut berada di Singapura. Sudah tentu mereka ditanya mengenai pendapat mereka semasa menjejakkan kaki di bumi Singapura.

Triple Frontier Fan Event In Singapore

Namun, sayangnya, mereka tidak mempunyai peluang dan banyak masa untuk meneroka atau jalan-jalan di sekitar Singapura kerana mereka hanya mendarat malam itu dan hanya berada di lapangan terbang dan hotel sahaja. Tak sempat nak pergi ke mana-mana.

Walaupun dianggap satu malam yang pendek, acara ini tetap menjadi satu acara yang penting untuk peminat. Hanya mendarat di Singapura tidak lebih dari tiga jam sebelum acara itu, suasana kelihatan meriah dan selebriti jemputan begitu gembira melihat beratus-ratus peminat yang turun untuk bertemu dan menyambut mereka dengan mesra sekali.

Triple Frontier Fan Event In Singapore

“It’s a beautiful city. It’s gorgeous here. The people are so kind, we’re ready to explore and have fun.”

– Ben Affleck

“It’s actually the last city we’re stopping in before our film drops on the 13th Mac,”

– Garrett Hedlund
Triple Frontier Fan Event In Singapore

“There’ll be a lot of unpredictable twists and turns that’ll keep people guessing. It’s a real testament to director J.C. Chandor’s storytelling – you just never know what’s going to happen, so that’s what’s really exciting about Triple Frontier.”

– Charlie Hunnam

“For all that matters, it’s really great. Triple Frontier is a really great ride and we had a great time during production so I think it’s worth watching. Look at these guys.” (jari menunjuk kepada Affleck, Hunnam dan Hedlund)

– Chuck Roven
Triple Frontier Fan Event In Singapore

Sambil menghabiskan ucapan ringkas malam tu, Hedlund berkata:

“Sebenarnya, kami rasa sangat teruja kerana filem Triple Frontier berada di Netflix sebab anda boleh menontonnya berulang kali,”

– Hedlund

Satu perkara yang menarik tentang filem yang ditayangkan secara eksklusif di Netflix adalah jika kita suka dengan filem tu, kita boleh memilih untuk menontonnya seberapa banyak kali yang kita mahu kemudian.

Begitulah yang ditegaskan oleh semua pelakon dan beberapa kali mereka berseloroh tentang keselesaan menonton filem di Netflix.

Triple Frontier Fan Event In Singapore

Secara ringkas kesemua bintang yang hadir bersama penerbit sangat bersetuju filem ini terdapat banyak kelainan plot dalam filem itu dan mereka yakin bahawa filem aksi ini akan membuatkan korang semua melekat di tempat duduk anda bersama rakan-rakan yang lain.

Jika anda belum mendapat langganan Netflix, mungkin sudah tiba masanya untuk melanggan sebab Budiey kira sangat berbaloi.

Selepas filem Box Bird yang mencetuskan berjuta-juta memes Internet dengan #birdboxchallenge dan pecah rekod lebih daripada 45 juta tontonan, mungkinkah filem Triple Frontier ini dapat mengatasinya? Sama-sama kita tunggu ya!

Untuk info lanjut, layari: netflix.com/triplefrontier

Follow Triple Frontier :

@TRIPLEFRONTIER

@NETFLIXSG

@NETFLIXFILM

#TRIPLEFRONTIERSG

Triple Frontier Fan Event In Singapore
Triple Frontier Fan Event In Singapore

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Disney’s Dumbo

MYSC AWARDS REUNEON Iktiraf Bakat dari Aplikasi SMULE