in ,

Bella Dally Nafi Ingkar PKPB, Beri Keterangan di IPD Gombak, Mohon Maaf Cetus Kekeliruan

Pelakon Bella Dally menafikan dia mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila melakukan aktiviti riadah berbasikal di daerah Gombak dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri.

Menurut Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, dia telah selesai memberikan keterangan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak susulan laporan ditahan pihak berkuasa.

“Pada Ahad lalu (18 Oktober 2020) saya dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang.

“Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen “Woohoo Genting Sempah with …” dan ia menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB.

“Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri,” jelas Bella menerusi siaran media yang dikirimkan kepada Gempak, sebentar tadi.

– Bella Dally
BELLA DALLY

Tambah Bella lagi, dia belajar daripada kesilapan apabila perkara sebegini berlaku dan memohon maaf jika telah menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.

“Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada posting di Instagram saya tempoh hari.

“Harap ia merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,”

– Bella Dally

Ahad lalu, Bella Dally dikecam netizen kerana mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Lembah Klang yang masih berkuat kuasa. 

Ekoran daripada kejadian itu, Bella Dally telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

*Sumber: Kosmo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Lagi Artis Akan Dipanggil SPRM Berhubung Urusan Pengubahan Wang Haram

Zulin Aziz Sekali Lagi Dikaitkan dengan Macau Scam, Mahu Saman Tukang Fitnah