in ,

[Gambar] Bella Dally Bertunang dengan Usahawan Bergelar Arif

Tahniah Budiey ucapkan buat selebriti dan pelakon Bella Dally yang selamat melangsungkan majlis pertunangan pada hari Sabtu lalu iaitu pada 12 Januari 2019. Semoga bahagia selamanya Budiey doakan.

Menurut Instagram dan dilaporkan di beberapa portal berita, pelakon Bella Dally, 28, mengakui sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Arif, 34 tahun, pada hari Sabtu lalu. Pasti ramai yang nak tengok gambar tunang Bella Dally ni kan? Nak kenal juga siapa gerangannya dan dari mana.

Bella atau nama penuhnya, Nabilah Ali Dally berkata, majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat mereka.

Bella Dally Bertunang
Gambar yang disiarkan di Instagram Bella Dally.

“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.

“Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.”

– Bella Dally

Katanya lagi, dia dan Arif berkenalan sejak lima bulan lalu, seterusnya memutuskan untuk bertunang selepas yakin antara mereka mempunyai keserasian.

“Saya mengenali Arif menerusi kenalan dan apabila kerap bertemu, hubungan kami semakin rapat. Sepanjang berkawan, kami dapat merasai keserasian antara satu sama lain. Saya pula serius dalam hal berkaitan perhubungan.”

“Alhamdulillah, kami sudah selamat bertunang dan secara jujur, saya tidak pernah terfikir akan melalui fasa ini sekali lagi,”

“Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh,”

– Bella Dally

Bella berkata, mereka merancang untuk disatukan pada tahun depan, namun masih belum menetapkan tarikh.

Ditanya mengenai Arif, Bella berkata, jejaka yang juga anak kelahiran ibu kota itu sangat berhemah dan bertanggungjawab.

“Cukup untuk saya kongsikan apa yang patut saja. Lagi pula, saya tak suka nak berahsia. Lambat laun orang akan tahu juga. Jadi, lebih baik saya bercakap jujur.

“Apa yang penting, saya ingin peminat tahu saya kini dalam fasa gembira dan bahagia. Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” 

– Bella Dally

Dalam masa sama Bella berkata, buat masa sekarang dia belum bersedia untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya itu kerana masih dalam fasa pertunangan.

“Melihatkan dirinya yang berhemah, baik dan bertanggungjawab, saya yakin untuk membawa hubungan kami ke fasa lebih serius.”

“Dia tahu kedudukan saya (pernah berkahwin) dan tidak mempunyai masalah mengenai hal itu. Cuma, dia baru mendapat tahu saya adalah selebriti kerana baru mengikuti saya di Instagram,”

– Bella Dally

Ditanya mengenai majlis perkahwinan, Bella berkata dia merancang untuk bernikah tahun ini, namun belum ada sebarang tarikh ditetapkan.

Berkongsi ciri-ciri yang ada pada Arif hingga membuatkannya jatuh cinta, menurut Bella jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu seorang yang ‘gentleman’ dan bertanggungjawab.

“Dari awal perkenalan lagi dia tahu status saya dan dia boleh terima. Cuma, dia baru tahu saya selebriti. Sejak itu, dia mulai mengikuti perkembangan saya di Instagram.

“Apa yang membuatkan saya yakin untuk membawa hubungan ini ke fasa serius adalah dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan ‘gentle’.

“Alhamdulillah, kedua belah keluarga merestui hubungan kami. Macam keluarga saya, mereka sentiasa sokong keputusan saya asal saja saya gembira,”

– Bella Dally

Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 sebelum bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Perkahwinan mereka itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Bella Dally Bertunang
Bella Dally Bertunang
Bella Dally Bertunang
Bella Dally Bertunang
Bella Dally Bertunang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dominasi BEAUTIFUL WORLD – HUSBAND di Asia Rainbow TV Awards

Filem NANCY DREW Lakonan Emma Roberts di TV2