in

Beli Barangan Berjenama Secara Online di Reebonz.com

MENYINGKAP KEJUTAN REEBONZ.COM!
Akses Meluas Bagi Produk Dan Perkhidmatan Mewah Pada Harga Hebat

Wanita Malaysia pasti girang dengan berita bahawa Reebonz.com (sebutan seperti perkataan Inggeris, Ribbons) akan memperkukuhkan kewujudannya di Malaysia! Reebonz.com adalah laman web membeli-belah berasaskan keahlian yang menawarkan produk dan perkhidmatan mewah dengan diskaun antara 30 hingga 70 peratus daripada harga runcit. Diasaskan oleh dua orang usahawan muda, Daniel Lim dan Benjamin Han pada Mac 2009 ketika dunia mengalami kegawatan ekonomi, konsep ‘kemewahan termampu’ terhasil dari penumpuan dua trend pasaran yang semakin ketara ketika itu – peningkatan permintaan bagi barangan mewah dan kerancakan aktiviti e-dagang.

“Reebonz.com menawarkan rangkaian produk runcitan dan gaya hidup mewah semudah memetik jari – dari fesyen anggun, kelengkapan rumah sehingga gaya hidup mewah dan juga pakej percutian. Reebonz Fashion, yang menawarkan barangan 100% tulen rekaan jenama tersohor seperti Prada, Gucci, Coach, Burberry dan Miu Miu, kini kian popular di kalangan ahli serantau Asia. Reebonz City, yang menawarkan rangkaian produk menepati cita rasa pengguna bandar, antaranya minuman dan makanan kesihatan dan kesejahteraan hidup, acara ekslusif seperti pakej percutian, juga semakin menarik perhatian pengguna di Malaysia,” jelas Samuel Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Reebonz.com.

Melalui format jualan Flash Sale yang mengistilahkan setiap jualan peribadi sebagai satu ‘acara’, barangan yang dijual di Reebonz.com hanya boleh didapati dalam tempoh terhad selama dua hingga tiga hari sahaja. Pengguna yang berminat hanya perlu mengikuti dua langkah mudah untuk mengakses pelbagai tawaran hebat – pertama, daftar sebagai ahli secara percuma di www.reebonz.com menggunakan emel yang sah berserta kata laluan peribadi dan kemudian menentusahkan Akaun Reebonz melalui pengesahan emel. Sebaik saja selesai, ahli-ahli boleh memulakan pengalaman membeli-belah melalui laman web ini dengan yakin. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan terlepas peluang meninjau acara jualan kerana ahli-ahli Reebonz.com sentiasa menerima makluman berkaitan acara jualan melalui emel harian.
Buat masa ini, Reebonz.com menerima bayaran melalui Paypal dan paling hebat, ahli-ahli warga Malaysia juga boleh menikmati bayaran ansuran melalui kad kredit keluaran bank-bank yang menyertai skim ini. Baru-baru ini, Reebonz.com juga telah menandatangani perjanjian dengan MasterCard Worldwide bagi membolehkan pemegang kad MasterCard keluaran bank-bank terpilih menikmati diskaun lebih tinggi, prebiu jualan istimewa dan akses ekslusif ke acara jualan persendirian. Reebonz.com menawarkan polisi pemulangan selama 14-hari dan setakat ini membuat penghantaran percuma ke 16 buah negara. Tempoh penghantaran antara tiga hingga lima hari, tertakluk kepada pemeriksaan kastam dan ahli dikecualikan daripada membayar duti kastam dan cukai.

“Hakikatnya, Reebonz.com memberikan pengalaman membeli-belah terunggul kepada ahli-ahlinya dari segi produk dan perkhidmatan mewah. Kewujudan kami di Malaysia dan berpejabat di pusat bandar Kuala Lumpur memudahkan lebih banyak tawaran produk dan perkhidmatan khas untuk Malaysia seperti makanan mewah, pakej gaya hidup, percutian dan penginapan berprestij, sekali gus meningkatkan perkhidmatan kami kepada ahli-ahli tempatan. Melalui Reebonz.com, setiap warga Malaysia dapat menikmati kemewahan dana membeli-belah secara ‘online’ dengan yakin secepat beberapa klik sahaja. Tidak boleh dinafikan, nilai sebenar yang dinikmati daripada Reebonz.com sememangnya memuaskan dan amat berbaloi!” akhiri Lim.

Mengenai Reebonz.com
Diasaskan di Singapura, Reebonz.com adalah laman membeli-belah khusus untuk ahli sahaja yang menawarkan barangan dan perkhidmatan 100% tulen dengan diskaun 30% – 70% daripada harga runcit. Rangkaian produknya termasuk Reebonz Fashion, Reebonz Home dan Reebonz City. Reebonz Fashion menawarkan pakaian, beg tangan, aksesori dan kasut rekaan berjenama sementara Reebonz Home menawarkan hiasan rumah mewah. Reebonz City menawarkan pelbagai perkhidmatan/pengalaman gaya hidup, pakej percutian dan penginapan.
Untuk maklumat lanjut , sila layari www.reebonz.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Raikan 1Malaysia Dengan Lebih 50 Program Baru

Xplay The Premier Club Music Series Is Back