in

BELAJAR MEMASAK SAMBIL MENDENGAR TIPS-TIPS BERGUNA

BELAJAR MEMASAK SAMBIL MENDENGAR TIPS-TIPS BERGUNA DARI TETAMU UNDANGAN DALAM RANCANGAN MASAKAN, KULINARI DAISY CHEF LIZA

Bulan Ramadhan Al Mubarak cukup sinonim dengan rancangan berbentuk masakan. RTM1 tidak mahu ketinggalan dengan menyiarkan sebuah rancangan masakan, ‘Kulinari Daisy Chef Liza’, bermula 5 September ini.

Rancangan ini akan dikendalikan oleh seorang chef yang tidak asing lagi dalam dunia masakan iaitu Chef Liza. Selain mempelajari resepi baru bersama Chef Liza penonton juga akan didedahkan dengan sisipan yang bisa memberi tips-tips berguna kepada penonton dalam membaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Dalam setiap episod Chef Liza tidak akan bersendirian, dia ditemani tetamu undangan yang akan mengupas topik yang dipilih secara santai dan bersahaja sambil fokus utama adalah masih kepada rancangan masakan. Skop topik perbincangan yang dipilih adalah luas meliputi kerjaya, kesihatan, keselamatan, sahsiah diri,  kewangan, fesyen dan sebagainya.

Antara tetamu undangan yang akan bersama Chef Liza dalam rancangan ini adalah Datuk Maznah Hamid (“Wanita Besi”), Datin Normaziah Sheikh Mohd (usahawan wanita), Ahadiat Akashah (penulis novel), Dato’ Tom Abang Saufi (pereka fesyen), Puan Atikah Adom (pakar hiasan meja), Datuk Dr. Norashikin Mokhtar (doktor pakar), Hjh. Azizah Bt. Mohd Yusof (tokoh kraftangan negara), Kamal Affendy (penganalisa jenayah), Puan Norlina Alawi (Pengasas PERNIM) dan Dr. Robiah Hamzah (pakar motivasi agama).     

‘Kulinari Daisy Chef Liza’ sepanjang 12 episod ini diterbitkan oleh Sazawan Supply Sdn. Bhd. Dalam setiap episod Chef Liza dan tetamu undangannya akan menyediakan dua resepi menggunakan produk Daisy. Jenis masakan yang disediakan adalah pelbagai dan meliputi biskut, kek, puding dan lauk-pauk.   

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang keemasan menonton rancangan masakan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’, khas sempena bulan Ramadhan kali ini, yang bersiaran pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 pagi, hanya di RTM1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eizlan Yusof, Noniswara, Ziela Bakarin Dalam Senyuman Terakhir

Album Terbaru Jinbara SUARA KITA