in

Bekas Pengurus Siti Nurhaliza & Rossa, Bard Meninggal Dunia

Perginya seorang pengurus yang berdedikasi dan setia manja penyanyi di bawah jagaannya. Semoga tenang di sana, Abang Bard!

Bekas pengurus penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Bahanordin Deraman meninggal dunia pada pukul 8.30 malam tadi (16 Jun 2019) akibat komplikasi kencing manis. Allahyarham Bahanordin atau lebih mesra disapa Bard meninggal dunia selepas jatuh di kediamannya di Kuala Lumpur.

Allahyarham yang meninggal di usia 53 tahun pernah menguruskan beberapa artis popular lain antaranya Datuk Seri Rossa, Kris Dayanti dan ramai lagi.

Arwah berkhidmat di syarikat rakaman SRC dan turut menguruskan beberapa artis ternama lain seperti Liza Hanim, Tomok, kumpulan 2 By 2 dan ramai lagi.

Arwah Bard meninggalkan dua orang anak Nur’ Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jualan Besar-Besaran AirAsia Kembali Dengan Promosi 5 Juta Tempat Duduk

Fakta Tentang NK Fashion Week Yang Anda Patut Tahu