in

Bekas Pemain Terengganu City FC, Solihin Mahamad Meninggal Dunia

BEKAS pemain Terengganu City FC, Mohamad Solihin Mahamad, 24, telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Gambar Hiasan

Bekas pemain Terengganu City FC, Mohamad Solihin Mahamad telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini sebentar tadi.

Menurut kenyataan dari Laman sosial Facebook Football Terengganu, arwah yang juga pemain Piala Presiden Terengganu Football Club meninggal dunia selepas rebah sewaktu bermain bola baru-baru ini.

Solihin Mahamad Meninggal Dunia

Salam takziah kepada ahli keluarga Bekas Pemain Terengganu City FC dan Piala Presiden Terengganu Football Club Mohamad Solihin Mahamad yang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas rebah sewaktu bermain bola baru-baru ini. 

Semoga ahli keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi ujian dan ditempatkan Allahyarham di dalam syurga Allah SWT bersamanya orang yang beruntung berada disisiNya

Marilah kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham 

Sebelum ini, arwah juga  merupakan pemain Piala Presiden Terengganu Football Club

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan sama-sama kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashira Hilang Kerja, Dihalau Selepas Enam Bulan Tak Bayar Sewa Rumah

Amy Terus Menjauhkan Diri Dari Kumpulan Search