in ,

Bazar TERIMA KASIH di Angsana Johor Bahru Mall Meriah

Minggu lalu telah berlangsung meriah Bazar Terima Kasih di lokasi kedua dan terakhir untuk tahun ini iaitu perkarangan Angsana Johor Bahru Mall. Seawal jam 3 petang, orang ramai sudah mula memenuhi tapak Bazar Terima Kasih walaupun cuaca ketika itu hujan.

Mereka teruja untuk menemui barisan duta Terima Kasih yang hadir iaitu Ayda Jebat, Elfira Loy, Mira Filzah, Redza Rosli, Aizat Amdan, dan Faizal Tahir. Ada juga yang datang daripada Singapura semata-mata mahu menemui artis kesayangan mereka.

barisan duta dan pengunjung bazar di Angsana JB Mall

Turut serta selain duta Terima Kasih di BTK Johor kali ini adalah para pelakon dan selebriti iaitu Nina Iskandar, Nazeera Sardi, Wan Sharmila, Eirma Fatima, Sabhi Sadhi, Riz Amin, Afzan, Mustaqim Bahadon, Annie Ariffin, Chef Fikree, Chef Naem, Wanns Ahmad, Da’i Syed, Da’i Azam dan Talha Harith yang menyinari rancangan sepanjang bulan Ramadan di TV3 & TV9. Mereka menjual pelbagai juadah seperti Kambing Golek, Nasi Beriyani, Sate, Rojak Buah, Air Katira dan bermacam lagi juadah yang disediakan khas untuk para pengunjung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Alhamdulillah, untuk lokasi terakhir ini, acara padang Bazar Terima Kasih di Johor Bahru menerima sambutan yang sangat hebat oleh para pengunjung yang hadir. Kami amat berterima kasih atas sokongan orang ramai yang tetap hadir walaupun cuaca kurang baik pada hari itu. Hasil sumbangan orang ramai, kami telah berjaya mengumpul hampir RM 6,000 untuk Tabung Bersamamu.

MPTN turut meraikan anak-anak dari Pusat Kebajikan Asrama ArRayyan yang dijemput untuk berbuka puasa bersama para duta dan selebriti terlibat. Bagi menceriakan lagi sambutan hari raya yang bakal tiba, kami turut memberi sumbangan duit raya dan barangan cenderahati kempen Terima Kasih kami.”

Selain itu, Skuad Terima Kasih juga meneruskan misi bersama Duta Skuad Terima Kasih iaitu Fakhrul Radhi, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad dan Zainal Ariffin yang telahpun menyertai penghuni PENGASIH Muar untuk sama-sama memasak Mee Kari Muar dan diagihkan kepada masjid berhampiran. Sebahagian lagi telah di jual di BTK oleh Persatuan Orang Pekak Johor dan telah mengumpul hampir RM2, 000 bagi dana Skuad Terima Kasih.

BTK turut dimeriahkan lagi oleh tonton yang turut membawa pelakon Shazuwan Hasan manakala Media Prima Digital disertai oleh pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Habibur Rahman bagi memeriahkan lagi gerai mereka. Bazar Terima Kasih turut disertai oleh Harian Metro, F&N Fun Flavours, Lazada, Lifebuoy dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3Malaysia dan TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih.

Mira Filzah dan pengunjung

Barisan duta & artis bersama asnaf

Ayda jebat dan talha harith bersama pengunjung

Wanns Ahmad & Shazuwan Hasan

Wan Sharmila  & Chef Naem

Riz Amin & Annie Ariffin

Nazeera Sardi & Nina Iskandar bersama pengunjung

Farid Kamil- Duta Lifebuoy bersama pengunjung

Barisan duta di booth F&N

sesi memasak bubur lambuk bersama Annie Ariffin, Chef Naem dan Chef Fikr...

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura Lancar Single Berkembar BISA APA & BANGUN Serentak

Gambar Sekitar RAYA KASIH & CINTA Bersama Fattah Amin & Nur Fazura