in ,

Netizen Perang Selebriti; Warganet Dedah Bayaran Artis Malaysia Yang Ramai Tak Tahu!

Lepas pengumuman pakej rangsangan ekonomi prihatin oleh Perdana Menteri, ramai pihak menarik nafas lega dengan bantuan daripada kerajaan. Namun tak lama lepas itu, ada beberapa selebriti mula bersuara, yang sepatutnya mereka turut mendapat inisiatif daripada pakej tersebut, kerana mereka telah banyak berjasa kepada negara.

Bagaimanapun netizen melihat tindakan tersebut sebagai OVER  kerana pendapatan mereka sudah cukup tinggi jika dibandingkan dengan golongan lain yang lebih susah dan memerlukan.

Jadi, bermula daripada kes itu pelbagai ‘penyelidikan’ dilakukan warganet sehingga keluarlah senarai jumlah bayaran dan pendapatan diperoleh golongan artis dan influencer seperti yang dikongsikan di twitter ini.

Bagaimanapun kami tak dapat nak pastikan kesahihan tentang senarai jumlah bayaran dan pendapatan selebriti. 

Cuma bila ada perkongsian sebegini, ia membuatkan netizen kecewa dengan permintaan ‘sesetengah’ artis terhadap pakej rangsangan ekonomi tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vivy Yusof & Aleeya Zailan Mohon Maaf Setelah Dikecam Menghina Golongan Miskin

COVID-19: Hospital di New York Dipercayai Guna Forklift Usung Mayat Dalam Lori