in , ,

Baru Sahaja Timang Cahaya Mata Lelaki, Fara Hezel Dedah Nama Anak

Selepas seminggu, penyanyi Fara Hezel memuat naik foto bayi lelaki yang dilahirkannya pada 18 Oktober lalu di Instagram. Dalam hantaran itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti itu turut memperkenalkan nama anaknya iaitu Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.

Penyanyi Fara Hezel, 24, telah mendedahkan nama anak sulungnya yang baru dilahirkan pada 18 Oktober lalu.

Seperti yang diumumkan menerusi entri di akaun Instagram (IG)nya, nama bayi tersebut adalah Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin PetraTengku Mohammad Kamal Hishamuddin.

Fara Hezel

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera sulung kami. Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” tulisnya.

– IG Fara Hezel

Posting itu turut berkongsi wajah bayi yang sedang tidur di atas tilam berwarna biru yang tertera namanya, Tengku Muhammad serta huruf TM di bantal.

Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah Tinggi Suara Kepada Suami dalam Video Pertama Youtube, Ini Nasihat Netizen

Zizan Cemburu Tengok Kemesraan di IG, Ini Cara Janna Memujuk & Membalas Komen