in , , ,

Baru 2 Hari di Youtube, Single Cik B TOLONGLAH Trending No 1 & Cecah 1.4 Juta Tontonan

Baru-baru ini kami ada melaporkan yang Cik B, anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida baru sahaja melancarkan lagu pertamanya yang berjudul Tolonglah di laman Youtube milik Seventeen Eleven Music Sdn Bhd.

Namun siapa sangka, lagu ciptaan komposer muda Yonnyboii, dan liriknya pula ditulis oleh Datuk Seri Vida dan Cik B sendiri berjaya meraih begitu banyak perhatian.

Hasilnya, tolonglah kita ini menjadi lagu paling trending di Youtube dan lebih membanggakan ianya berjaya meraih 1.4 juta tontonan hanya dalam 2 hari.

Jelas Cik B menerusi satu hantaran di Twitter nya gembira dengan pencapaian tersebut dan berterima kasih kepada orang ramai.

Baru 2 Hari di Youtube, Single Cik B TOLONGLAH Trending No 1 & Cecah 1.4 Juta Tontonan

Lebih mencuri tumpuan apabila Cik B berjaya mengatasi jumlah tontonan single terbaharu penyanyi versatil Naim Daniel yang bertajuk Purnama.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan DSV menerusi laman Instagramnya yang menzahirkan rasa syukurnya di atas penerimaan orang ramai terhadap cubaan pertama Cik B untuk masuk ke industri muzik.

Menerusi komen di laman Youtube tersebut ramai yang memberikan reaksi positif dan menyamakan nyanyian Cik B dengan YonnyBoyy sendiri sehingga ada yang mengelarkannya sebagai Yonnygirl.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Dapat Sambutan, Insomniacks Muncul Dengan Lagu REMINISENSI Versi Piano

BLACKPINK Bakal Adakan Konsert Live Stream Pertama Untuk Penutup Tahun 2020