Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Salam Takziah! Bapa Seniman Datuk M. Nasir Meninggal Dunia di Singapura

Salam Takziah Buat Datuk M Nasir Sekeluarga Sebab Hari Ini Budiey Ada Terbaca Berita Bapa M Nasir Meninggal Dunia Di Singapura

BAPA kepada penyanyi, Datuk M. Nasir iaitu Mohamed Sam meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi, Khamis. Allahyarham Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Singapura.

Menerusi laporan Astro Awani, isteri M Nasir iaitu Datin Marlia Musa berkata mereka masih bersedih dengan berita tersebut, namun reda menerima ketentuan ilahi.

Ekoran pandemik Covid-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang memberikan penghormatan terakhir.

https://flic.kr/p/2kwpVo3

“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan kerana Covid-19.

“Abang (M Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan.

“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu,”

– Datin Marlia Musa
Perkongsian Marlia mengenai pemergian bapa mentua di Instagram.

Jenazah Allahyarham bapa mertuanya sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura.

“Suami belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan. Kami masih terkejut, tetapi sudah bersedia daripada segi mental disebabkan arwah memang sudah sakit lebih sebulan.

– Datin Marlia Musa

Sementara itu, Marlia berkata kali terakhir mereka bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum penularan wabak Covid-19.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Marlia berkongsi mengenai berita sedih pemergian bapa mentuanya itu.

“Ayahanda kesayangan kami Haji Mohamed Bin Sam telah pulang ke Rahmahtullah pada pagi ni… semoga Allah mencucuri rahmat-Nya,”

– Datin Marlia Musa

M. Nasir merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version