in

Fakta Yang Anda Patut Tahu Tentang Lagu Tema KL2017 – BANGKIT BERSAMA

Bangkit Bersama, lagu tema KL2017 merupakan lagu yang boleh “dimiliki” dan dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia.

Degan penglibatan orang ramai yang telah menyumbangkan idea tema cerita “Bangkit Bersama” lahirlah lagu yang digubah oleh Dato’ Ramli MS dan dibawakan oleh Dayang Nurfaizah.

BANGKIT BERSAMA

Lagu ini adalah reflektif sinergi rakyat Malaysia dimana setiap seorang memainkan peranan dalam meningkatkan semangat kebanggaan Negara.

Konsep “Jasa Diri” merupakan mesej utama di dalam “Bangkit Bersama” – Mengingatkan kita untuk menjalani liku kehidupan dengan penuh tanggungjawab. Sedikit sebanyak, semangat wira ada di dalam kita, dan secara kolektif, apa cabaran pun dapat di atasi.

Bangkit Bersama, untuk Kuala Lumpur 2017.

BANGKIT BERSAMA

FAQ
1. Sebagai negara penganjur bagi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017 – KL2017), Malaysia mahu meninggalkan jejak tersendiri dengan mencipta lagu yang boleh “dimiliki” dan dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia, di mana ideanya adalah untuk mendapatkan penglibatan orang ramai di dalam proses mencipta lagu tema untuk KL2017.

2. Lagu tema tersebut akan digubah oleh Dato’ Ramli MS dan dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Dayang Nurfaizah.

3. Lagu tersebut akan boleh didapati di Spotify, iTunes dan Deezer secara percuma.

4. Orang ramai telah menghantar idea mereka di dalam bentuk seperti perkataan, bait bait ayat mahupun pantun. Namun, ianya mestilah berkisar kepada tema Kuala Lumpur 2017 iaitu Bangkit Bersama.

5. Penghantaran telah dilakukan melalui platform media sosial KL2017 iaitu Twitter (@KL2017), Instagram (@kualalumpur2017) dan Facebook (@kualalumpur2017).

6. Tempoh penghantaran dibuka untuk empat minggu pada bulan Mei dan Jun lalu

7.Dato’ Ramli MS telah memilih idea cerita tema Bangkit Bersama untuk dijadikan sebagai inspirasi untuk menulis lirik lagu tema tersebut.
Cerita yang diterima semuanya memberi semangat dan sumber ispirasi untuk menyiapkan lagu ini

8. Lirik di inspirasikan oleh rakyat Malaysia.

LIRIK BANGKIT BERSAMA

Cinta ini, cinta yang mulia
Tercipta sudah, bandingan tiada
Tak berbeza, tiada warna
Batasan tiada, antara semua
Semangat mu, api yang membara
Kesetiaan untuk Negara ku

Bersama, semua, satu suara
Sambutlah, temasya, kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
(Bangun, bangun, semua) bangkit bersama

Impian, ku harapkan, muga terlaksana
Walau apa rintangan, ditentangi jua
Genggaman, juara, lembaran sejarah
Di hati ku hanya, kamu juara agung ku

Kesungguhan, dan keyakinan
Yang membawa, kejayaan

Bersama, semua, satu suara
Sambutlah, temasya, kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
(Bangun, bangun, semua) bangkit bersama

Impian, ku harapkan, muga terlaksana
Walau apa rintangan, ditentangi jua
Genggaman, juara, lembaran sejarah
Di hati ku hanya, kamu juara agung ku

Lagu: Rakyat Malaysia
Lirik: Rakyat Malaysia
Penyanyi: Dayang Nurfaizah

BANGKIT BERSAMA

BANGKIT BERSAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Perdana Video Muzik Rasmi PERTAMA KALI dari SHAA Hari Jumaat Ini

Rezeki Alia di Pentas CLEVER GIRL MALAYSIA Tamat