in , ,

Akui Penyakit ADHD Makin Teruk, Sharifah Sakinah Menangis Mohon Maaf Mahu Berpindah

Menerusi satu video rancangan bual bicara Hard2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznik Haji Nawawi, pelakon Sharifah Sakinah berkongsikan mengenai masalah kesihatannya dan bakal berpindah ke luar negara.

Menurut Sakinah, masalah yang telah dialami sejak beberapa tahun iaitu penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.

Bakal Pindah Ke Luar Negara, Sharifah Sakinah Menangis Mohon Maaf

Sakinah memberitahu dia akan menetap di luar negara bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya. Sakinah turut memohon maaf serta berharap semua pihak memahami masalah kesihatan mental yang dihidapinya.

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya nak anda semua faham yang kesihatan mental saya semakin teruk ketika ini.”

“Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini,”

– Sharifah Sakinah

Dalam pada itu, Sakinah turut memaklumkan dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan dan ingin memberi tumpuan kepada keluarga selepas drama terakhir lakonannya Aku Yang Kau Gelar Isteri tamat Isnin lalu.

Terdahulu, Sakiah mengumumkan sudah pun bertunang dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen dan akan berkahwin pada Mei depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beausiti X Wonderlab Lancar Beaukids, Rangkaian Minuman Minuman Jeli Berkhasiat

Bapa Achey Meninggal Dunia