in ,

Azza Elite Langgar Pantang Dalam Langkah Bendul Jatuh Tersadung

Jodoh itu di tangan Allah. Akibat terlalu mempercayai adat dan kepercayaan orang tua, niat murni seorang insan yang ingin melangsungkan pernikahan terpaksa berhadapan dengan ancaman dugaan serta menerima takdir dan ketentuan Ilahi. Begitulah intipati sebuah drama bertajuk Langkah Bendul Jatuh Tersadung yang penuh pengajaran mengisi slot CITRA pada 24 September ini, Selasa jam 10.00 Malam di TV2. Dibintangi oleh bakat baru Aishah Ilyas memberi watak gadis bernama Qistina dan Azariah Suaymi sebagai Lufya yang merupakan dua adik-beradik yang memiliki personaliti yang berbeza.

[pullquote align=”right”]Langkah Bendul Jatuh Tersadung bersama penampilan istimewa lakonan Syed Ali, Aishah Ilyas, Ridzuan Hashim, Kathy Azean dan Fauziah Nawi sebagai nenek Fatimah menrusi slot CITRA jam 10.00 malam, 24 September ini[/pullquote]

Lufya lebih matang dan lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. Manakala Qistina pula seorang yang manja dan lebih mementingkan diri sendiri. Kisah bermula sewaktu Qistina bertemu dengan seorang lelaki bernama Rizam di laman Facebook.

Aishah Ilyas dan Azza Langgar Pantang Menerusi Drama Langkah Bendul Jatuh Tersadung Di TV2

[dropcap]S[/dropcap]etelah hampir 2 tahun berkenalan mereka memutuskan untuk berjumpa. Sepanjang tempoh perkenalan mereka, Rizam yang mencintai Qistina mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Namun keputusan mereka ditentang oleh neneknya Fatimah yang tidak mengizinkan Qistina berkahwin selagi kakaknya Lufya belum berkahwin. Ini kerana nenek Fatimah amat mempercayai adat lama jika melangkah bendul maka ada perkara buruk akan terjadi. Tetapi Qistina tidak bersetuju dengan pandangan neneknya dan tetap berdegil. Dia cuba memujuk ibu dan ayahnya.

Satu hari, Rizam terpaksa pergi ke kursus keusahawanan di Port Dickson. Manakala Lufya juga terpaksa ke tapak project di port Dickson. Untuk dijadikan cerita suatu malam Rizam tersalah masuk ke bilik Lufya kerana kesilapan reception yang memberikan salah kunci. Sewaktu Rizam masuk kebilik Lufya yang sedang tidur, tiba-tiba jabatan agama telah menyerbu bilik mereka. Mereka telah ditangkap khalwat.

Qistina terkejut mendengar insiden tersebut dan terkilan atas apa yang terjadi. Demi memelihara maruah keluarga Ibu bapa mereka memaksa Lufya dan Rizam berkahwin kerana ingin menebus malu. Nenek Fatimah kesal atas kejadian tersebut kerana sebelum ini dia telah mengingatkan tentang sesuatu yang buruk bakal terjadi jika melanggar pantang larang dan adat nenek moyang dahulu. Walau bagaimanapun, adakah disebabkan adat dan pantang larang orang tua ini keadaan boleh berubah ? Atau kita sendiri mampu mengubah keadaan?

Bagaimana pula dengan nasib Qistina setelah terpaksa akur dengan ketentian qada dan qadar. Ikuti perjalanan kisah seterusnya dalam Langkah Bendul Jatuh Tersadung bersama penampilan istimewa lakonan Syed Ali, Aishah Ilyas, Ridzuan Hashim, Kathy Azean dan Fauziah Nawi sebagai nenek Fatimah menrusi slot CITRA jam 10.00 malam, 24 September ini semestinya di TV2.

Aishah Ilias sbg Qistina dalam Langkah Bendul Jatuh Tesadung TV2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Road to Cardiff U-Mobile

Uniqlo Launches Five Projects Around The World