in ,

Azumi & Nyna, Achik & Maria Tinggalkan Pentas LCK3

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga terus meraih perhatian daripada jutaan penonton di episod 3 yang bersiaran pada hari Ahad yang lalu. Lapan pasangan duet telah berentap di pentas, hanya enam pasangan yang layak mara ke pusingan seterusnya.

Azumi & Nyna (Mohd Azumi Shazani dan Marina Wira), Syafeek & Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli), Achik & Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul), Pasya & Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza), Norman & Hazreen (Norman Hafizi dan Hazreena Amreena), Kay & Ika (Nur Khaidir dan Nursyafiqah), Malhamka & Yuveena (Ikhmal Hamka dan Yuveena Gunainthran) dan Hariz & Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie) yang dipadankan melalui pemilihan lagu yang sama di pusingan pertama dan kedua telah diberikan cabaran untuk mempersembahkan lagu cinta mereka yang pertama di pentas tersebut. 

Episod 3 Lagu Cinta Kita Musim Ketiga turut diserikan dengan Rozita Che Wan sebagai juri jemputan yang menyertai panel juri tetap Ajai dan Mas Idayu untuk memberi penilaian terhadap persembahan para peserta. Antara lapan pasangan duet, persembahan pasangan Hafiz dan Wanie menerima ‘standing ovation’ daripada panel juri sekaligus menjadi pasangan yang menerima markah paling tinggi di episod tersebut dengan lagu ‘Kisah Kuinginkan’ . 

Tirai persembahan episod tersebut dihangatkan dengan nyanyian duet oleh pasangan hos, Ain Edruce dan Kamal Adli menerusi lagu ‘Seribu Tahun’.  Seterusnya, pentas Lagu Cinta Kita Musim Ketiga dirancakkan dengan persembahan oleh Azumi & Nyna (Sinaran), Syafeek & Zazo (Rahsia Pohon Cemara), Achik & Maria (Juwita), Pasya & Puteri (Melompat Lebih Tinggi), Norman & Hazreen (Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti), Kay & Ika (Tragedi Tenda Biru), Malhakam & Yuveena (Kisah Cinta Kita) dan Hariz & Wanie (Kisah Kuinginkan). 

Usai persembahan, pasangan hos Ain Edruce dan Kamal Adli mengumumkan tiga pasangan duet yang berada di tangga paling bawah iaitu Norman & Hazreen, Azumi & Nyna dan Achik & Maria. Keputusan muktamad daripada kedua-dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu telah mengumumkan penyingkiran kepada pasangan Azumi & Nyna dan Achik & Maria. 

Keserasian dalam nyanyian, penghayatan pada lagu dan kekuatan vokal merupakan kunci utama untuk persembahan nyanyian duet yang sedap didengar dan indah dilihat. Pasangan Azumi dan Nyna tidak dapat menyerlahkan keserasian dalam lagu kerana terdapat kekurangan dan kesilapan pada Nyna yang gagal melengkapi persembahan yang diberikan oleh Azumi. Manakala pasangan Achik dan Maria mempunyai masalah untuk mendapatkan persefahaman ketika dalam membuat persiapan latihan telah menjejaskan persembahan mereka apabila juri tidak nampak keikhlasan dalam nyanyian mereka. 

Teruskan menonton episod seterusnya untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Hafiz & Wanie, Kay & Ika, Malhakam & Yuveena, Norman & Hazreen, Pasya & Puteri serta Syafeek & Zazo. Episod 4 yang bersiaran pada 21 November 2021 akan menampilkan Ziana Zain sebagai juri jemputan, Dolla dan Yonniboi sebagai artis jemputan. 

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit.Program ini diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dan TV3 dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja, Hot FM sebagai rakan radio rasmi serta Oh Bulan & Xtra sebagai rakan digital. 

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sertai Peraduan POSE, SNAP AND WIN & Menangi Samsung Galaxy Buds Live

TRAVEL

Be Enchanted By Pavilion Reit Malls Magical Christmas Celebrations