in

Azian Mazuan Sapuan, Datuk Zainal Abidin dalam Dimensi Legenda Tema KISAH DAN LAGU

Azian Mazuan Sapuan, Datuk Zainal Abidin Antara Penyeri Dimensi Legenda Tema KISAH DAN LAGU Di TV1

Sepanjang karier dan penglibatan dalam industri muzik tanah air, pelbagai kejayaan dan memori manis terpahat dalam kanvas seni mereka. Sebahagian besar dalam kalangan penonton juga membesar dengan lagu-lagu mereka yang malar segar sehingga kini.

Tampil dengan tema “Kisah dan Lagu” minggu ini, 7 Oktober, pukul 9.00 malam menerusi TV1, slot Dimensi Legenda terus mengambil tempat menghiburkan penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kemunculan lima artis unggul tanah air menyampaikan keseluruhan 13 lagu.

Beliau pernah merakamkan album Erti Budi (1987), Bukan Belas Bukan Simpati (1988) dan yang terakhir, Impian pada 1991 dengan lagu popular, Rumah Kecil Tiang Seribu dan Cinta Embunan Pagi.

Siapa yang tidak mengenali penyanyi Azian Mazuan Sapuan. Terbaharu Azian kembali mengubati kerinduan peminatnya dengan muncul dalam program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini. Tiga lagu dipilih untuk didendangkan termasuklah ‘Erti Budi’, ‘Rumah Kecil Tiang Seribu’, dan ‘Bukan Belas Bukan Simpati’ yang masih setia meniti di bibir peminat.

Ternyata kemunculan Datuk Zainal Abidin yang pastinya ditunggu-tunggu dengan lagu ‘Hijau’, ‘Manis’ dan ‘Kau di Hatiku’, juga mampu membuatkan peminat setianya terpukau dengan persembahan bertenaga beliau.

Dua lagu dendangan penyanyi Zur Eda iaitu lagu ‘Pelitaku’, dan ‘Lama Tak Jumpa’ turut dipilih dinyanyikan di pentas program ini. Saksikan juga kemunculan artis Jaafar Onn menyanyikan lagu ‘Mencari Kawan’.

Menambah semarak persembahan, Daniel Lee yang sudah agak lama menyepikan diri menyampaikan medley lagu ‘Kisah Kau dan Aku’ juga diikuti lagu ‘Berjuta Batu’. Semua artis terlibat memilih mendendangkan lagu ‘Ikhlas Tapi Jauh’ sebagai kenang-kenangan kepada seluruh penonton TV1.

Program menampilkan hos Raja Azura ini telah dirakamkan pada 15 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Intan Ladyana Sebagai Hos PHD Hebat Dinamik

Aman RA Seru Semua Untuk Bangkit Kejar Impian Menerusi Lagu BANGUN