in ,

Ayda Jebat Saran Kerajaan Laksanakan PKP Semula, Tapi Ini Kata Netizen

Umum mengetahui sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kes positif COVID-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 691 kes sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Meluahkan kerisauan susulan bilangan kes yang tinggi, Ayda Jebat memuat naik status di Instagram miliknya memohon agar kerajaan melaksanakan perintah berkurung ataupun memperketatkan lagi kawalan pergerakan.

“Dengan dukacitanya, saya mohon tolonglah lockdown atau ketatkan kawalan pergerakan.

“Kalau tak lockdown atau ketatkan SOP, kes meningkat, keluarga dan kawan kawan akan keluar selain bekerja, ke sekolah, pergi makan, jalan-jalan dan sebagainya.

Saya risau. Saya sayang family saya dan semua,”

– Ayda Jebat
Ayda Jebat Saran Kerajaan Laksanakan PKP Semula, Tapi Ini Kata Netizen

Bagaimanapun di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cadangannya itu memandangkan ramai yang sudah terjejas teruk susulan pelaksanaan PKP yang lalu.

Kata netizen lagi, ianya mungkin tidak memberi masalah kepada pelakon itu namun bagaimana pula dengan rakyat basa yang akan terputus pendapatan jika PKP dilaksanakan semula.

Sehingga kini masih tiada kata putus daripada kerajaan sama ada akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula atau pun tidak.  Apa pun diharap kita terus mematuhi SOP dan diri masing-masing dalam usaha mengekang penularan wabak berkenaan.

Ini pendapat netizen…

Ayda Jebat Saran Kerajaan Laksanakan PKP Semula, Tapi Ini Kata Netizen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 & TV9 Siar Drama Siri Popular Korea HOTEL DEL LUNA

“Jangan Risau I Akan Jaga Family You,” – Syifa Melvin