in , ,

“Buat Kerja Ala Kadar, Now Nak Play Victim?”- Awal Ashaari Bengang Beri Amaran Terakhir

Pengacara terkenal Awal Ashaari memberi amaran terakhir kepada sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan, Naz Carpentry untuk menghubunginya bagi menyelesaikan kemelut.

Sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan hasil kerja sebuah syarikat perabot dan hiasan dalaman rumah yang dikatakan membuat kerja ‘tangkap muat’ di rumahnya.

Menurut pengacara terkenal itu, Awal memaklumkan sudah membayar sejumlah wang kepada syarikat berkenaan namun mereka tidak melaksanakan kerja seperti yang dijanjikan dan tidak mahu memberi kerjasama.

Awal Ashaari Mahu Syarikat Hiasan Jumpa Face To Face

Tampil menjawab desas-desus, syarikat berkenaan tampil mempertahankan hak mereka dengan melantik firma pengurusan krisis terkemuka kerana mendakwa Awal memfitnah syarikat mereka sehingga menerima publisiti negatif.

Syarikat berkenaan juga mengatakan bahawa kenyataan Awal adalah ancaman perniagaan yang serius kerana berpotensi merosakkan reputasi secara kekal dan boleh mempengaruhi nilai perniagaan dan pasaran syarikat mereka.

Awal Ashaari Mahu Syarikat Hiasan Jumpa Face To Face

Malah mereka juga mengatakan Awal berpotensi besar berhadapan ganti rugi yang tinggi sekiranya barisan peguam syarikat berkenaan dapat membuktikan bahawa catatan dan posting pengacara tersebut disiarkan dengan berniat jahat untuk merosakkan imej, jenama dan reputasi mereka.

Awal Ashaari Mahu Syarikat Hiasan Jumpa Face To Face

Tidak berdiam diri, Awal tampil memberi kenyataan di laman sosial Instagramnya mempertahankan diri dan kenyataan beliau.

“Alih-alih today I pulak yang fitnah company dia? Come on lah”

“I’ve got all of your quotation, payment details, emails, whatsapp conversation and I also have all the evidence yang korang buat kerja tangkap muat”

“You took my money, buat kerja ala kadar and now konon-konon nak play victim? Silap orang la bro”

– Awal Ashaari

Suami kepada Scha Alyahya ini juga menjelaskan bahawa dia mempunyai segala butiran seperti quotation, transaksi pembayaran,emel, perbualan di What’s App dan bukti menunjukkan syarikat ini hanya melaksanakan tugas sekadar tangkap muat.

“Kalian telah mengambil duit dan membuat kerja pengubahsuaian secara ala kadar dan kini mahu berlakon menjadi mangsa keadaan? Silap orang la bro,”

– Awal Ashaari

Awal juga telah meminta Naz Carpentry untuk mengeluarkan drawing, floor plan dan final approved designs jika ada kerana Awal mendakwa bahawa tiada constructions plans.

Awal juga meminta Naz Carpentry untuk menjawab pertanyaan media.

Demikian kata-kata Awal yang kesal dengan tindakan syarikat hiasan dalaman berkenaan.

“Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab konon nya takde persediaan secara proffesional dan takut buat kenyataan salah.

Habis tu, Kau tak jawab pertanyaan Aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni? Kau nak bersedia secara proffesional jugak ke?

Come on. Buat business biar beradap. BERETIKA. Aku bukan mintak Kau SPONSOR. Aku agree bayar FULL price, apa yang Kau charge Aku, satu sen pun Aku tak mintak discount sebab aku nak tolong bisnes orang melayu.

Tu pun Aku baik hati lagi tak mintak semua, Aku kasi company Kau absorb 20% untuk cover losses Kau. Tak bersyukur jugak lagi?

Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu.

So stop turn the table around and kengkonon Aku yang naya dan fitnah Kau.

Kalau KAU tak CANCEL meeting kat office lawyer haritu, Kalau Kau JAWAB call Aku or lawyer aku. Benda ni takkan jadi.”

– Awal Ashaari

Terdahulu beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mengeluarkan kenyataan mendakwa pengacara itu berniat jahat merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Disebabkan itu, Awal tampil mempertahankan diri dengan menyatakan dia mempunyai semua bukti yang menunjukkan pemilik dan syarikat hiasan itu tidak memberi kerjasama yang baik.

Semoga Awal dan syarikat berkenaan dapat selesaikan dengan cara baik. Bak kata pepatah orang putih, “there are always two side of every story” .

Sebaiknya kita jangan menuding jari, biarkan mereka selesaikan kemelut yang berlaku antara mereka dan jangan keruhkan lagi keadaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

cik man

Ucap Selamat Hari Jadi Kepada Lee Dong Wook, PU Azman Titip Doa Moga Dapat Hidayah Allah

Polis Nasihat Orang Ramai Berhenti Sebar Video, Gambar Helikopter Terhempas!