Avaa Vanja Pegang Watak Mubaligh Kristian Dalam Teater Ibu Zain

Yea, ramai pembaca telah memberikan jawaban yang betul untuk trivia di bawah ini. Yelah, kalau tak kerana klu yang diberikan, sah-sah korang tak boleh jawab, kan? Jawabannya, beg tangan itu adalah milik Avaa Vanja.

Avaa Vanja

Pada sidang media Teater Muzikal Ibu Zain yang diadakan di Istana Budaya pada 23 Julai lalu, buat pertama kalinya Budiey memberanikan diri untuk bersemuka dan duduk borak-borak dengan Avaa Vanja. Walaupun sebelum ini banyak juga Budiey menyiarkan gossip dan gambar yang kurang menyenangkan hati Avaa, namum itu kisah lama dan gadis ini agak sensitif juga. Baginya tidak menjadi kudis sangat pun.

Sekarang ini Budiey dah tak macam dulu lagi. Takut gak kena marah-marah dengan diorang sebab Budiey selalu jumpa dengan selebriti. Jadi faham-fahamlah. Hehe… Rupanya, Avaa ada membaca dan melihat gambarnya tersiar di sini tahun lalu. Semoga segala kesilapan yang telah Budiey lakukan telah dimaafkan oleh Avaa Vanja. Peace!

Itulah, setelah menjadi penulis blog sepenuh masa dan sentiasa bertemu dengan selebriti, agak susah nak buat benda ‘jahat’ macam dulu-dulu.

Lama betul Avaa Vanja menyepi. Tidak banyak ceritanya diperkatakan di media. Lagi pun, bagi pelakon Syyy Dia Datang ini, dia tidak mahu mengejar publisiti. Namun, Ava masih lagi berlatih sambil bekerja keras untuk mengasah bakatnya dalam bidang lakonan.

Avaa Vanja telah menyiapkan lagu untuk soundtrack Kala Malam dan terbaru, Avaa Vanja diberi kepercayaan oleh Mamat Khalid sekali lagi untuk menyanyikan sebuah lagu Bahasa Melayu berentak Bollywood dalam filem Estet.

Misi dan visi Avaa sangat opstimistik iaitu untuk belajar dalam bidang lakonan dan seterusnya mahu mengajar dalam bidang lakonan suatu hari nanti.

Avaa Vanja tidak mementingkan sangat publisiti kerana Avaa mahu fokus kepada bidang lakonan agar kesan dan impaknya dapat dilihat untuk pada masa akan datang. Walaupun demikian, Avaa akur bahawa publisiti sebenarnya dapat membantu untuk menaikkan nama artis. Masalahnya Avaa bukan jenis yang mengejar populariti.

Avaa masih trauma dengan gossip dikatakan dipukul oleh kekasihnya sebelum ini sehingga membuat namanya turut tenggelam selepas itu. Pengajarannya, Ava mahu berwaspada dan belajar dengan kesilapan. Bukan menjadi tekanan sangat kini kerana Avaa Vanja mahu memandang ke hadapan.

Jadi Mubaligh Kristian Dalam Ibu Zain
Teater Ibu Zain adalah tapak teater pertama Avaa Vanja. Kata Ava, memang ada beza apabila berlakon drama dan teater. Dari segi teknikal, filem memerlukan skrin acting di mana lakonan boleh dirakam beberapa kali tetapi untuk teater, lakonan memerlukan penghayatan dan fokus yang lebih dan serentak serta perlukan dinamik. Teater menggunakan satu pasukan kerjasama dalam dinamik di mana perlu meneliti mesej dan apa yang perlu dilakukan, di mana memerlukan kerjasama yang sangat padu dari pelakon yang lain.

Cabaran merealisasikan watak sebenar seorang pengasas sekolah Methodist Girls Melaka bernama Shellabear bukan satu perkara dipandang mudah. Walaupun hanya dua babak, Avaa cuba berlatih untuk menjadikan gaya pertuturan ala Mat Salleh itu memberi impak kepada penonton. Avaa berharap watak mubaligh Kristian tidak menjadi isu besar kerana watak ini penting untuk klimaks dan menceritakan konflik di mana Ibu Zain pernah diseret agar memeluk agama Kristian.

Karakter Shellabear yang agak garang sebenarnya memaparkan watak tenaga pengajar yang mempengaruhi anak murid dan guru-guru lain. Di samping bekerja dengan watak Miss Ruth; pengetua sekolah Avaa terpaksa mendalami watak ini. Selain garang, Shellabear juga seorang yang sombong, suka menekan dan memaksa orang lain.

Apa harapan Avaa?
Harapan Avaa, semoga anak muda kita datang dan menonton teater Ibu Zain terutama kepada wanita di luar sana. Ini kerana teater ini melambang satu kepuasan dan kekuasaan seorang wanita di mana ia meningkat diri seorang wanita menjadi seorang insan berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Kepada semua pembaca, jangan lupa untuk membeli tiket untuk menonton Teater Muzikal Ibu Zain yang akan dipersembahkan di Istana Budaya pada 12 Ogos hingga 18 Ogos 2008.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Beg Pelakon Wanita

Konsert Inul Daratista Di Stadium Putra Dibatalkan