in , ,

Ava Vanja Sah Bercerai Talak Satu, Harap Bekas Suami Berbaik Demi Anak

Selepas lebih sebulan turun naik mahkamah, pelakon Avaa Vanja memberitahu dia sudah diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.40 pagi, Isnin. 


Biarpun sedih perkahwinan selama sepuluh tahun musnah, Avaa, 42, bagaimanapun turut meluahkan rasa lega kerana segalanya berakhir dengan cara baik dan damai. Sementara itu, Avaa reda dengan perpisahan yang berlaku dan sudah cuba menjadi isteri yang baik untuk rumah tangga yang dibina itu. 

Ava Vanja Sah Bercerai Talak Satu, Harap Bekas Suami Berbaik Demi Anak

“Hari ini selesai proses jatuh talak di mahkamah. Ini adalah persetujuan bersama dengan bekas suami dan ia berlaku seperti yang sepatutnya. Saya melaluinya dengan tenang dan terima ketentuan ini dengan reda. 

“Kita tidak boleh melawan takdir Tuhan,”

Sementara itu Avaa berkata, hak penjagaan anak masih belum ditetapkan dan menunggu tarikh baharu untuk perbicaraan mahkamah. Bercakap tentang hubungan dengan bekas suami, Avaa hanya mengharapkan mereka berdua tidak bermasam-muka demi kebaikan dan masa depan anak.

“Setakat ini kami hanya berhubung melalui peguam masing-masing sahaja untuk selesaikan kes ini. Bagaimanapun saya harap hubungan dengan bekas suami akan baik sahaja demi anak kami.

“Tidak boleh terlalu sedih dan kecewa. Selama ini saya cuba jadi isteri yang terbaik, namun jodoh kami tidak panjang. Semestinya saya akan lebih fokus kepada kerjaya seni setelah sekian lama menyepi. Saya mula aktif dengan kerja di belakang tabir dan menjadi pembantu pengarah,” katanya.

Ava Vanja Sah Bercerai Talak Satu, Harap Bekas Suami Berbaik Demi Anak

Pada 2 Disember lalu, Avaa mendedahkan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun sedang bergolak. Dia membuat keputusan perceraian terhadap suaminya selepas tidak mencapai kata sepakat dan berpisah adalah jalan terakhir mereka.

Untuk makluman, pelakon filem ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ ini mendirikan rumah tangga dengan Amil Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia sepuluh tahun. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Huawei | 21

Benar Atau Sekadar Mitos? Dalam Majalah Perubatan DEBUNKING MEDICAL MYTHS

Michelle Yeoh | 22

Disney Announces Casting For Disney+ Hotstar Original Series AMERICAN BORN CHINESE