in

Aurora & Baeq Terselamat Daripada Penyingkiran POP KREW

Episod ketiga minggu lalu telah menyaksikan persembahan hebat 26 peserta yang buat pertama kalinya digabungkan menjadi satu kumpulan. Edry Abdul Halim dan Altimet bertindak sebagai juri tetap.

Edry Abdul Halim dipilih kerana pengalaman beliau sendiri yang menganggotai kumpulan pop yang pernah mencetus fenomena bersama KRU dan sehingga kini masih lagi terkenal. Kebolehan beliau dalam menubuhkan kumpulan pop yang berjaya juga tidak boleh disangkal lagi.

group Photo

Altimet pula walaupun bergerak solo tetapi setiap kali dia berkolaborasi bersama penyanyi lain muziknya pasti memberi impak tersendiri dan memikat hati para pendengar. Izzue Islam daripada kumpulan pop yang cukup dikenali masa kini iaitu Fourteen, dijemput selaku juri undangan untuk mengadili para peserta Pop Krew dengan tema Carta Hot FM 30!

Kumpulan Team Tajuk lagu Penyanyi
Briged Tomok Apa Khabar Joe Flizzow & Sonaone
Novemboys Tomok Mewangi Akim
Aurora Tomok Hilang Najwa
5beats Stacy Gilalah Stacy
BAEQ Stacy Hujung Waktu Azhael
Algebra Stacy Malaikat Hazama
Lelaki (Lagu bonus) Tepi Sikit Sleeq
Perempuan (Lagu bonus) Hujung Dunia Hanie Soraya

Kumpulan Briged telah berjaya mencuri hati para penonton dan para juri dengan persembahan mantap dan bertenaga. Manakala kumpulan Aurora daripada kumpulan Tomok dan Baeq daripada kumpulan Stacy mendapat markah yang terendah akhirnya terselamat daripada penyingkiran.

Tetapi mereka akan diberikan hukuman yang akan hanya diketahui melalui Pop Krew Ekstra yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam. Konsert ke-3 minggu lalu juga diserikan dengan kehadiran Puteri Chichi dan Josiah Hogan, pelakon Setitis Kasih Darmia dan juga Haziq, penyampai radio Hot FM.

Penonton juga boleh menjadi juri untuk mengundi markah peserta Pop Krew kesayangan mereka dengan aplikasi “Pop Itu Krew” mulai episod ke-4! Pop Krew juga menampilkan kelainan dengan konsep “simpan” dan “rampas” dimana coach Stacy & Tomok berhak simpan salah seorang ahli yang daripada kumpulan terkeluar dan “rampas” satu ahli daripada kumpulan lawan yang terkeluar.

Namun, ini semua hanya boleh berlaku sekali sahaja setiap coach (simpan dan rampas) sepanjang konsert Pop Krew.

Pop Krew bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam tetapi pada 29 November ini Pop Krew akan bersiaran pada jam 10 malam kerana memberi laluan pada Piala AFF Suzuki 2014 di mana pasukan Malaysia melawan Singapura. Layari www.tv9.com.my dan follow sosial media @TV9MALAYSIA untuk dapatkan maklumat lanjut. Segarkan dunia anda dengan #POPKREW.

Briged

Aurora

juri tetap & juri jemputan

Al-Gebra

Novemboys

5beats

Tetamu Jemputan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysia Supermodel Search 2014 & Asia Model Festival Awards 2015

Hafiz Suip Lapor Mikrofon Hilang di Anugerah Skrin 2014