in , ,

Astro Tawarkan Siaran Semua Saluran Filem Secara PERCUMA Selam

Sementara negara dilanda cabaran mengawal pandemik COVID-19 dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti Perintah Kawalan Pergerakan, Astro tetap dengan iltizamnya untuk sentiasa berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan menyajikan kandungan yang berinformasi dan menghiburkan.

Justeru itu, mulai jam 6:00 pagi, Rabu, 18 Mac 2020, pelanggan Astro boleh menikmati kesemua Saluran Filem di Astro dan Astro GO secara komplimentari! Penggemar filem boleh menyaksikan musim terbaharu ‘Westworld’ di saluran HBO, serta pelbagai filem pecah panggung seperti ‘Avengers: End Game’ di saluran Fox Movies, filem ‘Parasite’ di saluran tvN Movies, dan banyak lagi.

astro

Berikut adalah senarai saluran filem yang disiarkan secara percuma:

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Tidak dilupakan, pelanggan NJOI juga boleh menikmati dua saluran komplimentari tambahan, KIX dan Nat Geo WILD. Siaran secara komplimentari ini akan berakhir pada jam 11:59 malam, Selasa, 31 Mac 2020.

Strim kesemua program kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada, dengan aplikasi Astro GO. Muat turun Astro GO melalui App Store atau Google Play. Pelanggan Astro juga boleh melayari Astro GO melalui laman sesawang astrogo.astro.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran saluran filem secara komplimentari ini, sila layari www.astro.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong & Jannine Weigel Dikuarantin & Jalani Ujian Saringan Selama 14 Hari Selepas Pulang dari AS

COVID-19: Penangguhan Konsert 4G, AME 2020 & FFM31 Perintah Kawalan Pergerakan