in

Astro Oasis Lancar Program Realiti Segunung Harapan

Okaylah, ini dia event pertama yang Budiey hadir selepas tiba di tanahair, pulang dengan kegagalan membawa trofi The Best Entertainment Blog. Apa sahaja yang berlaku, apa sahaja orang nak kata, kerja Budiey perlu diteruskan. Nampaknya ada benda yang perlu direvamp dan diperkemaskan.

Yea, hidup kita tak selalu indah. Kadangkala ada juga mendung awan datang mengaburi cahaya mentari.

Cakap pasal hidup kita yang ada kala sedih dan ada masa kita gembira ni… ada kaitan dengan event yang Budiey hadiri pada 26 Oktober 2009 jam 3 petang semalam di Restoran Al-Halabi, Hotel JW Marriot Kuala Lumpur. Astro Oasis telah melancarkan program realiti terbarunya, SEGUNUNG HARAPAN – yang memaparkan usaha murni insan-insan yang berhati mulia. Satu program yang bagus!

Program yang ditaja oleh Prudentioal BSN Takaful Berhad ini akan bersiaran di saluran 106 setiap har Jumaat jam 9 malam bermula 8 November 2009. Dihoskan oleh Nabil Ahmad.

Nabil Ahmad

Beri tepukan gemuruh buat PruBSN kerana menyokong usaha membantu orang miskin ni… clap… clap!

Memang menjadi tanggungjawab setiap manusia menyampaikan nilai positif bak kata pengurus saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar, memang tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan ilmiah dan juga menghiburkan penonton.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar

Susah jugak ya nak pupuk minda orang kita agar sentiasa berjiwa murni dan boleh beri kesejahteraan kepada masyarakat. Nak lagi bila kat bandar besar yang semua orang tak suka nak ambil tahu pasal kesusahan orang lain. Orang kata, ramai yang individualistik.

Jadi, dengan adanya program realiti ni, Budiey rasa kita boleh sentiasa bantu membantu tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya. Itulah konsep asas tafakul sebenarnya. Itu cara PruBSN berbakti kepada komuniti. Siapa tak nak lihat masyarakat kita bermuafakat dan hidup lebih harmoni dan membangun.

10 impian telah pun dipilih. Semuanya berteraskan niat murni yang menjurus kepada perpaduan komuniti.

Ada 3 segmen utama iaitu Catatan Kehidupan, Menjejak Impian dan Mengenggam Impian. Selebihnya, Budiey serahkan kepada penonton agar memilih saluran 106 untuk menonton program ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Preview Eksklusif Muzik Video IZ: BERSAMA TOGETHER Nora Danish

Pelakon Wan Sharmila Bercerai Talak Satu