in

Astro Media Golf Temukan Perdana Menteri & Media

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengetuai barisan pengamal media Malaysia dalam satu pusingan permainan golf di acara Astro Media Golf 2014 yang berlangsung pagi semalam di The Mines Resort & Golf Club.

Astro

YAB Perdana Menteri berkata:

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Astro kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan acara Astro Media Golf yang mana acara ini adalah penting dalam meneruskan untuk memupuk ikatan yang kukuh di antara para pengamal media. Astro Media Golf merupakan satu acara yang sangat bagus bagi menggalakkan semangat kesukanan dan pada masa yang sama menguatkan lagi saluran komunikasi. Rangkaian media Malaysia memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai dan saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan komitmen mereka dalam bidang ini.”

YBhg Tun Zaki Tun Azmi, Pengerusi Astro berkata, “Astro terus komited dalam membawakan rangkaian acara sukan tempatan dan antarabangsa yang terbaik kepada rakyat Malaysia melalui 14 saluran khusus untuk sukan. Kami berbesar hati untuk meluaskan lagi nilai saranan para pelangggan kami kepada satu acara seperti Astro Media Golf 2014 ini untuk rakan-rakan media sebagai tanda penghargaan kami atas sokongan yang diberikan terhadap Astro.”

Astro Media Golf 2014 telah dihadiri oleh lebih 70 orang pemain golf yang mewakili pelbagai organisasi media di Malaysia. Antara yang turut hadir ialah YB Dato’ Sri Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan YB Dato’ Sri Jamaludin Jarjis, Penasihat di Jabatan Perdana Menteri.

YB Dato’ Sri Jamaludin Jarjis telah diumumkan sebagai juara kategori Medal A dengan pungutan mata sebanyak 37 markah dan Brian Martin, Editor Eksekutif untuk akhbar The Star pula dinobatkan sebagai juara untuk kategori Medal B dengan pungutan mata sebanyak 33 markah.

Bersempena dengan acara Astro Media Golf, Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Negeri dan Kebangsaan Malaysia telah mengumpulkan sejumlah RM200,000 dari Hai Soon Holdings, Waz Lian Group of Companies, Huls Engineering Sdn Bhd, AM Bank Berhad dan QI Group of Companies sebagai tambahan dana untuk kebajikan barisan ahlinya.

Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP ERA

Telefon Bimbit Android OPPO N1 Bakal Dilancarkan