in ,

Astro Bakal Lancar Saluran Terbaik Korea CHANNEL M & OH!K

Senario muzik K-Pop tak macam dulu rasanya. Tak semeriah dulu. Tapi takdelah tenggelam terus. K-Pop tak semestinya muzik semata-mata. Drama dari Korea juga jadi kegilaan ramai.

Sesetengah drama Korea lebih mantap kalau nak dibandingkan dengan drama Melayu kita. Itu yang sebabnya orang Malaysia ni suka giler nonton drama dari sana. Tak hairanlah kalau ada sesetengah drama jadi fenomena dan pelakon drama jadi pujaan mereka.

Astro Bakal Lancar Saluran Terbaik Korea CHANNEL M & OH!K

Ada setengah orang suka dengar muzik dari Korea tapi tak semestinya dia akan minat drama. Begitu juga sebaliknya, tak semestinya yang minat drama Korea tu akan minat muzik K-Pop.

Cakap pasal budaya pop dari Korea ni, Budiey ada dengar Astro akan melancarkan saluran TV terbaru dari Korea iaitu Channel M & Oh!K. Rasanya, Channel M dah ada cuma masih belum ada dalam versi definisi tinggi jer.

Satu majlis pelancaran akan diadakan tak lama lagi dan Budiey turut dijemput untuk menyaksikan pelancaran tersebut. Sama-sama kita nantikan kemaskini tentang pelancaran saluran terbaru ini.

Astro Bakal Lancar Saluran Terbaik Korea CHANNEL M & OH!K

drama korea Her Legend

Gambar poster drama Korea sekadar hiasan semata-matah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Teater Bangsawan KERIS LAKSAMANA BENTAN

Peraduan Premiere With Budiey Menonton FOCUS