in ,

Astro Bakal Lancar Kempen Cuti Kita Dunia Kita

Cuti sekolah kembali lagi. Mesti adik-adik kita banyak perancangan kan nak buat apa musim cuti sekolah ni. Nama pun bercuti, jadi kenalah keluar bercuti-cuti. Samada cuti-cuti Malaysia atau cuti-cuti oversea. Yang penting, ibu bapa juga turut bercuti lah sebab nak habiskan cuti tahunan kan? Bawak anak jalan-jalan makan angin. Fuhhh, bestnya.

Sempena cuti sekolah ini, pihak Astro Ceria bakal melancarkan Kempen Cuti Kita Dunia Kita yang bakal membawakan program-program menarik sepanjang cuti sekolah hujung tahun. Antaranya termasuklah Tom Tom Bak All Stars, Projek Ceria, 3 Campur 2, Qish Qish Qish, Mashya Alisha serta ujibakat pertandingan nyanyian Ceria Popstar untuk musim yang ketiga.

aznil-smile

Jadi, kepada adik-adik kita yang tak dapat bercuti-cuti Malaysia, bolehlah duduk je kat rumah diam-diam menonton TV sambil mengunyah cekedis.

Minggu depan, Budiey dijemput untuk menghadiri Pelancaran Kempen Cuti Kita Dunia Kita anjuran Astro ini di Sunway Pyramid. Tak sabar nak jumpa pelakon-pelakon cilik kita yang berbakat ittewww.

Antara barisan pelakon dan selebriti seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Jihan Muse, Aril AF, Masya Ceria Popstar, Achey Bochey, Mimi Ernida, Erissa Ceria Popstar serta ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Charity Dinner SEMPURNAKAN AKU WITH ANUAR ZAIN

Gambar Selebriti di Pembukaan Rasmi MAGNUM CAFE Kuala Lumpur