in ,

ADV: Astro B.yond Bakal Lancar Personal Video Recorder PVR

Budiey rasa dah ramai di kalangan pembaca dah tukar dekoder baru HD dan mencuba pakej Astro B.yond. Dengarnya, ramai yang berpuas hati dengan mutu gambar yang terang, jelas dan berdefinisi tinggi ni. Buktinya, ada pembaca yang menikmati gambar yang jelas & bunyi yang mantap semasa siaran langsung Konsert Final Akademi Fantasia 8 yang lalu.

Bertambah semangat lagi apabila demam bola sepak Piala Dunia FIFA bakal bermula tak lama lagi. Pendek kata, ramai yang tak sabar untuk menonton siaran 64 perlawanan siaran langsung dalam bentuk HD. Tapi, mungkin ramai juga yang tak sempat nak tonton program yang disajikan. Maklumlah ramai yang sibuk dengan kerja seharian.

Oleh sebab itu, Budiey ada dengar yang Astro akan melancarkan Personal Video Recorder (PVR). Jadi dengan alat ini, mudahlah nanti korang nak record program yang tak sempat nak tonton tu.

Bercakap pasal record ni, teringat pasal impian Budiey, kalaulah Budiey dapat record saat-saat di mana Budiey dibesarkan dari saat keluar dari perut ibu hinggalah hidup dalam riang ria di zaman kanak-kanak. Bestnya dapat kembali ke zaman itu kan?

Pada 5 Jun ini, Budiey dikhabarkan empat penulis blog akan berada di tingkat bawah North Court, Mid Valley Megamall (berdekatan dengan Jaya Jusco) akan turut memeriahkan event Astro B.yond PVR ni.

Nak tahu sape? Mereka ialah EyerisEillingRedMummy dan Beautifulnara. Semuanya penulis blog yang mempunyai pengikut tersendiri. Dua orang daripada mereka adalah teman blogger dari Project Alpha musim pertama dan seorang dari mereka adalah Project Alpha musim kedua.

Fuh pasti meletop dan meriah sebab mereka ni semuanya havoc-havoc & happening.

Jadi, mereka ni akan buat apa kat sana nanti? Dengarnya, mereka akan buat something yang gila-gila. Yelah, hadiahnya juga sangat lumayan. Jadi nak adili siapa yang menang bukan main susah juga. Kenalah ada cabarannya.

Budiey pun tak pasti apa yang diorang ni kena buat. Tapi yang pastinya cabarannya sangat memeningkan kepada diorang ni.

Budiey rasa, masa event ini, mereka berempat ni ‘mungkin’ akan hadir dengan pakaian beragam masing-masing. Itu ramalan Budiey sahaja. Jadi, untuk blogger yang hadir dengan pakaian yang paling kreatif akan menang. Itupun setelah diundi oleh penyokong mereka.

Nak kreatif tu senang tapi nak idea yang giler-giler tu yang susah. Kalaulah Budiey ada peluang nak pakai style macam karakter dalam filem Avatar.

Haaa… macam Ben Stiller pernah pakai masa jadi hos kat Oscar.

Atau cuba yang ni…

Dush! Ada berani ka? Ni sempoi je tapi kena make up tu kasi kulit jadi warna biru semua!

Mahu lagi canggih? Nah, tiru macam nih.

Gerenti menang!

Dalam empat orang blogger ni, Budiey akan pilih RedMummy sebab dia tak pernah mengecewakan peminatnya. Karakternya yang tak pernah mengalah, suka dengan kerja kreatif dan sangat berdaya saing. Pasti dia akan buat yang terbaik punya untuk memancing undian dan sokongan.

Tapi Budiey belum pasti lagi apa yang diorang akan buat kat sana nanti.

Mungkin juga mereka akan diberikan sebuah kamera & akan merakamkan aksi yang paling menarik. Blogger yang bijak bergaya dengan pose & skrip yang menarik akan menang dengan undian dari penonton.

Jadi, kepada pembaca semua, jomlah hadir dan memeriahkan lagi event Astro B.yond PVR. Bukan itu sahaja, korang semua berpeluang menjadi juri awam untuk menentukan siapakah pemenangnya.

Jom meriahkan! Dan jangan ketinggalan untuk merasai sendiri betapa jelasnya gambar berdefinisi tinggi!

Enjoyzz!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizo Omar dalam Drama Jersi 9

Gossip Promoter Main Kotor