in ,

Astro Awani Saluran Terbaru Channel CNN versi Malaysia?

Antara TV dan hos yang cantik jelita dan kacak semacam sudah sinonim. Realitinya, siapa nak tengok muka hodoh dan tak lawa kat TV? Kalau boleh semua orang mahu pengacara, pembaca berita, pelakon iklan, pelakon drama semuanya terdiri daripada jelitawan dan rupawan yang menawan dan sedap mata memandang. Kalau mahu cantik lagi atau nak naikkan rating, ambil je semua ratu-ratu Miss World jadi tukang baca berita!

Terlanjur saya bercakap pasal TV dan personaliti TV, baru-baru ini Astro ada memperkenalkan dua lagi channei terbaru iaitu Astro Awani dan Astro Oasis. Kalau dilihat dari segi paparan isi kandungannya, Saluran Astro Awani tak ubah seperti CNN dan Al Jazeera versi Malaysia. Pembaca yang melanggani Astro boleh memetik butang 95 di remote control anda untuk mengikuti channel Astro Awani. Yang istimewanya, anda akan disogokkan dengan berita terkini 24 jam sehari! Astro Awani lebih menumpukan pada berita antarabangsa, perkembangan isu semasa dan konflik dunia. Namun, teknik penyampaiannya disesuaikan dengan perspektif dan selera masyarakat tempatan. Saya kira ini satu inisiatif Astro untuk menarik minat pelanggan sekaligus memuaskan hati pelanggan berikutan kenaikan harga langganan bulanan. Kalau bayaran naik tapi tak tambah channel, sudah tentu pelanggan tak puas hati.

Antara fakta Astro Awani:
Astro Awani mula bersiaran secara langsung pada 6 September 2007.

Antara nama-nama pengacara yang menerajui Astro Awani ialah Suhaimi Sulaiman, Amir Mahmood Razak, Dangsuria Zainurdin, Kamarul Bahrin Haron, Zaiful Ariffin, Raja Endon Mastura, Hafidah Samat, Syazwan Zakariah, Ashwad Ismail, Ellia Raini, Rizal Zulkapli, Syed Farradino Omar dan Linawati Adnan.

Antara buletin yang akan dipersembahkan oleh Astro Awani kepada penonton ialah:

Awani Global: Awani Global merupakan buletin jenama utama Astro Awani. Ia akan menjadi bulletin pertama disiarkan pada pukul 6.00 pagi dan akan dimuatkan dengan perkembangan terkini termasuk buletin terkini pada tengahari dan waktu perdana. Awani Global akan memberi kupasan terperinci bagi empat isu utama antarabangsa dari perspektif Malaysia.

Atma Asia: Atma Asia akan memfokuskan kepada laporan dan peristiwa di rantau Asia terutamanya negara jiran, Asia Tenggara. Dimuatkan dengan berita dan perkembangan terkini Negara serantau merangkumi isu semasa, sukan, perniagaan, kemanusiaan dan hiburan.

Nadi Global: Nadi Global akan menumpukan kepada tajuk utama harian dengan menampilkan pandangan dari penganalisis, pakar dan lain-lain.

Mozaik Dunia: Mozaik Dunia adalah berita berentak pantas dan disampaikan dengan penuh bertenaga. Menyentuh secara ringkas perkembangan terkini politik dunia, peperangan, pasaran saham, sukan serta hiburan.

Gala TV: Buletin hiburan bermaklumat ini memuatkan perkembangan terkini dunia hiburan tempatan, serantau dan antarabangsa. Gala TV akan keudara setiap hari dan bakal menjadi penanda aras corak laporan berita hiburan TV yang baru di Malaysia.

Di samping berita, Astro Awani juga akan menerbitkan program isu semasa seperti wawancara, rencana dan majalah. Program ini mengetengahkan isu global dengan ciri serta konteks tempatan. Penerbitan seumpama ini bertujuan memberi pendedahan kepada penonton Malaysia tentang cabaran global yang relevan dan mampu mempengaruhi serta memberi kesan kepada mereka.

Sudut Pandang: Wawancara langsung dari studio yang akan mengupas tajuk berita utama pada waktu perdana. Program ini dikendalikan Kamarul Bahrin Haron.

Perspektif Kita: Wawancara mingguan mengenai isu semasa. Rancangan ini memberi peluang kepada penonton untuk turut serta dalam perbincangan atau debat bersama tetamu yang juga pakar dalam tajuk yang dibincangkan. Rancangan ini dikendalikan Suhaimi Sulaiman.

Temujanji: Merupakan rancangan wawancara mingguan menampilkan personaliti terkemuka tempatan atau antarabangsa. Penonton juga berpeluang menemu bual secara bersemuka personaliti di studio. Ia akan dihoskan oleh Amir Mahmood Razak.

WW: Rancangan temubual yang menyelami pelbagai tajuk serta isu menyentuh kepentingan dan aspirasi wanita ini disiarkan secara langsung pada waktu pagi. Dangsuria Zainurdin akan mengacarakan WW.

Bagi Budiey, program yang saya minati ialah Gala TV yang disiarkan pada jam setiap 3 petang dan 10 malam secara langsung. Tentunya akan menjadi sumber dan bahan utama Sensasi Selebriti. Dihoskan oleh 2 personaliti iaitu Syazwan Zakariah (bekas wartawan hiburan KOSMO!) dan Hafidah Samat (bekas wartawan NSTP).

Biodata Syazwan Zakariah
Syazwan Zakariah adalah graduan Pengurusan Sistem Maklumat (MIS) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kariernya bermula sebagai penyelidik Malaysia Book of Records. Namun cintanya terhadap dunia kewartawanan mula berputik sebaik menjadi penulis hiburan KOSMO! Kini pada usia 29 tahun, Syazwan mula mengembangkan kariernya sebagai wartawan televisyen di Astro Awani.

Biodata Hafidah Samat
Wartawan berkaliber bukan mudah dicari dewasa ini. Kemunculannya pasti menarik perhatian. Hafidah Samat seorang yang suka melawak, lincah dan kredibilitinya sebagai seorang wartawan hiburan tidak perlu disangkal lagi. Dengan 11 tahun pengalaman bersama New Straits Times, beliau pernah menyandang beberapa anugerah kewartawanan termasuk Anugerah Institut Akhbar Malaysia untuk kategori Hiburan pada tahun 1998 dan 2004. Beliau juga pernah muncul tempat kedua dalam Anugerah FINAS dua tahun lalu. Hafidah, 32 tahun adalah pemegang Ijazah Sarjana Kewartawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sumber: Wikipedia Astro Awani

[tags]astro awani, astro oasis, hos tv, astro oasis, raja endon mastura, biodata raja endon mastura, Suhaimi Sulaiman, Amir Mahmood Razak, Dangsuria Zainurdin, Kamarul Bahrin Haron, Zaiful Ariffin, Raja Endon Mastura, Hafidah Samat, Syazwan Zakariah, Ashwad Ismail, Ellia Raini, Rizal Zulkapli, Syed Farradino Omar, Linawati Adnan, gala tv, channel baru astro, senarai program tv astro, temujanji, gossip raja endon mastura, gambar raja endon mastura seksi, biodata artis malaysia, atma asia, nadi global, gambar wedding raja endon mastura, gambar seksi raja endon mastura daphne iking, pengacara medik TV, video hentai, gambar bikini raja endon mastura, gosip raja endon mastura wira daim, Raja Endon Mastura wearing a bikini, melayu boleh, melayuboleh, awek melayu, gambar raja endon, blog hos tv, blog artis malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Advertorial: Pacmee Personalisation, Advertisement & Communication

24 New Seasons Premiere January 13th, 2008 (Spoilers)