in ,

Ashraf Muslim Tetap Nafi Kahwin Dua

Selepas beberapa lama berdiam diri, akhirnya pelakon Ashraf Muslim, 32, memberikan kenyataan mengenai dedas-desus yang menyatakan dia akan berkahwin dua.

“Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah.” tegas pelakon itu.

Ashraf, bagaimanapun tidak menafikan yang dia ada ke Mahkamah Syariah sebelum ini tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci mengenainya kerana perkara itu bersifat terlalu peribadi.

“Memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kerana kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar.”

Sumber: Kosmo

dayana & ashraf muslim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ramah Mesra Bersama Pelakon Drama Ummi

Pierre Andre Nikah Esok Akui Sangat Berdebar