in ,

Ashraf Muslim Sayu, Kongsi Seorang Demi Seorang Sembuh Covid-19

Minggu lepas, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan seorang lagi selebriti yang disahkan positif Covid-19 iaitu pelakon Ashraf Muslim.

Ashraf Muslim dilihat masih mampu tersenyum dan begitu positif semasa menghadapi cabaran dan dugaan wabak ini. Ini sekali gus membuatkan ramai rakan selebriti dan peminat tidak henti-henti mendoakan agar dirinya cepat sembuh.

Menerusi perkongsiannya ini juga membuatkan rata-rata mendoakan hal yang sama buat pelakon ini apabila dia berkongsi rakaman ramai pesakit Covid-19 yang telah sembuh di wad Hospital Sungai Buloh.

Menurut Ashraf, seorang demi seorang meninggalkan dirinya di tempat rawatan dan perkara itu turut membuatkan dirinya bersyukur kerana mereka telah sihat dan dapat berjumpa ahli keluarga.

Menjadikan ianya satu kenangan yang tidak akan dilupakan, perkongsian video pelakon ini mengundang sebak ramai.

“Kenanganku bersama mereka takkan aku lupakan, segala ilmu yang dikongsi takkanku sia siakan. Perasaan sayang bersama mereka telah timbul dengan perwatakkan dan akhlak yang ditunjukkan pada aku.”

Seorang demi seorang meninggalkan aku disini. Syukur pada mereka ramai yg telah sihat dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga. Kenanganku bersama mereka takkan aku lupakan, segala ilmu yg dikongsi takkanku sia-siakan.

Perasaan sayang bersama mereka telah timbul dgn perwatakkan dan akhlak yg ditunjukkan pada aku. InsyAllah setiap pesanan yg diberikan akan ku amalkan. Terima kasih sahabatku Firdaus, Abdullah, En Shamsul dan ramai lagi.

Dan paling ku tidak lupakan lelaki yg berjubah yang meninggalkn senyuman padaku ini ialah lebih dikenali Hj Usman byk kata-katanya membuatku tersedar dari tidur.. terima kasih semua di wad 31. Hanya Allah yang mampu membalas kamu semua..

– Ashraf Muslim

Dalam pada masa yang sama, dia turut berterima kasih kepada kenalannya itu dan ujarnya juga bahawa yang paling dirinya tidak lupakan adalah lelaki yang berjubah di mana dapat diperhatikan menerusi video telah meninggalkan senyuman padanya yang dikenali sebagai Hj Usman.

Perkongsian pelakon ini membuatkan ramai mendoakan agar dirinya pula akan sembuh dan dapat pulang berjumpa keluarga.

Di ruangan komen juga, ramai rakan selebriti terkenal tanah air seperti pelakon, penyanyi turut sama mendoakan kesembuhannya.

Sama-sama kita doakan semoga Ashraf Muslim kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Derma Dengan Ikhlas: Memupuk Niat Bersedekah Pada Bulan Ramadan

Noorkhiriah Umum Drama NUR Ditayangkan Semula, Peminat Teruja Walaupun…