in , ,

Artis Warner Music Malaysia Nyanyi Semula DARI JAUH KU POHON MAAF

Setelah beberapa hari kita beraya, Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan ‘DARI JAUH KU POHON MAAF’ yang dinyanyikan oleh barisan artis Warner Music Malaysia iaitu Aizat Amdan, Andi Bernadee, Kaka Azraff, De Fam, Kucaimars, Azmi Saat, Bunga, Rizal Rasid dan Layla Sania.

Lagu ‘DARI JAUH KU POHON MAAF’ yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman ditulis oleh Haron Abdul Majid yang dimuatkan didalam ALBUM HARI RAYA pada tahun 1981. Single ini amat popular sehingga ke hari ini dan masih didendangkan di corong radio setibanya Hari Raya.

Single ini juga amat sesuai untuk dikaitkan dengan keadaan semasa yang disebabkan oleh pandemik COVID 19 hingga rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bait-bait lirik di dalam single ini amatlah berkait dengan situasi terkini dan Warner Music Malaysia berharap agar rakyat Malaysia akan berasa dekat dengan jiwa mereka apabila mereka menonton video muzik ‘DARI JAUH KU POHON MAAF’.

‘DARI JAUH KU POHON MAAF’ versi Warner Music Malaysia ini direkodkan oleh artis sendiri di rumah masing-masing.

Kami rasa lagu ini memang sesuai untuk dirakam semula oleh para artis kami kerana mesej yang ingin disampaikan sangat relevan dengan situasi kita yang terpaksa beraya pada skala yang jauh lebih kecil tahun ini dari segi jarak dan juga jumlah ahli keluarga.

Harap para peminat muzik akan menyukai versi kami ini,”

– Shah Shamshiri, Pengurus Bahagia Domestik Warner Music Malaysia.

Video muzik rasmi ‘DARI JAUH KU POHON MAAF’ versi Warner Music Malaysia ini boleh ditonton di Youtube Warner Music Malaysia pada 23 MEI 2020 yang lepas.

PAUTAN YOUTUBE UNTUK ‘DARI JAUH KU POHON MAAF’ : https://youtu.be/vRxjQ0lhWhw

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Utama Tun Mahathir Digugur Keahlian Parti BERSATU

Shah Hazvee Mengaku Tak Bersalah Dituduh Pikat Isteri Orang