in

Artis Usah Kecewa, Dana DKD Masih Ada Untuk Warga Seni

Warga filem dan muzik tidak perlu kecewa apabila tiada sebarang peruntukkan diberikan dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid berkata, baki sebanyak RM300 juta yang diperuntukkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) masih boleh dimanfaatkan untuk pembangunan industri berkenaan.

“Walaupun tiada peruntukkan diberikan kepada penggiat seni ketika pembentangan Belanjawan 2021, tetapi kita masih ada dana sebanyak RM300 juta yang diperuntukkan RMK-11 untuk digunakan untuk pembikinan pelbagai projek.

“Selain memberi manfaat kepada penggiat perfileman, dana ini juga akan digunakan untuk membantu penggiat muzik. Jadi, tak perlu nak kecewa atau rasa dipinggirkan kerana baki dana masih banyak. Jadi, buat apa nak minta tambahan peruntukkan dari kerajaan,”

Dalam belanjawan yang dibentangkan, kerajaan hanya menyalurkan dana RM15 juta melalui Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau CENDANA untuk kepelbagaian aktiviti yang lebih memfokus kepada seni persembahan seperti teater.

Bantuan itu dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 5,000 penggiat seni dan juga petugas balik tabir.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TROPHY KNIVES Pra Lancar Lima Lagu Dari Album Kedua, LOOK THE OTHER WAY

Henry Golding Umum Bakal Bergelar Bapa, Isteri Hamil Anak Pertama