in ,

Artis Popular Meriahkan Ketuk-Ketuk Ramadan 2013

[dropcap]V[/dropcap]ariasi hidangan berbuka puasa puasa yang ringkas dan lazat disajikan oleh artis-artis ternama dan popular negara menjadi daya tarikan dan kelainan saban tahun program masakan khas Ramadan yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk dikongsi bersama penonton setia salurannya sepanjang bulan Ramadan.

[pullquote align=”right”]Artis Popular Meriahkan Ketuk-Ketuk Ramadan 2013 Musim ke-6 Sepanjang Ramadan Ini di TV1[/pullquote]

Air tangan artis-artis kesayangan ramai menghidangkan resipi ini dapat dikongsi menerusi program masakan No. 1 Malaysia, “Ketuk-Ketuk Ramadan” yang masuk musim ke-6 tahun ini setiap hari mulai 9 Julai 2013, jam 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1.

Program kegemaran ramai ini mengekalkan Sheila Rusly sebagai hos rancangan meluangkan masa menyediakan hidangan dengan menjemput bukan sahaja penyanyi sebaliknya turut mengetengahkan pengarah filem, pelakon dan pengacara terkenal tanah air.

Menariknya kali ini penonton dan peminat setia artis-artis popular terlibat berpeluang menyaksikan artis kesayangan mereka memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa sajian berbuka puasa. Artis undangan yang dijemput memasak dengan resipi pilihan mereka sendiri ini bukan sahaja meluangkan masa memasak sebaliknya sambil menyiapkan hidangan, mereka turut berkongsi kisah perkembangan terbaru mereka di samping persiapan sambutan menjelangnya Aidil Fitri tahun ini.

Artis terlibat termasuklah Hafiz AF, Jihan Raja Lawak, Adira AF, Farah Fauzana, Wilma, Hazama, Memey Suhaiza, Roy Azman, Puteri Mardiana, Nor Albaniah, Ilya Senario, Ropie Cecupak, Najwa Latiff, Siti Saleha, Fizz Fairuz, Zila Bakarin, Yus Waisar, Eira Syazira, Ahmad Idham, Sherry Ibrahim, Nadia Nissa, Ajak Shiro, Mahmood Ali Bashah, Bob Yusof, Acong Sweet Child, Rem, Aidil Aziz, Nealofa, Zalif Sidek, Heliza Helmi, Emma Maembong dan Syamsul Ghau Ghau.

Ketuk-Ketuk Ramadan kali ini memilih lokasi menarik di Sarawak, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Terengganu dan mengekalkan konsep santai selain terus menyajikan resepi-resepi masakan tempatan yang mudah, ringkas dan menyelerakan.

Program terbitan JS Pictures tahun 2013 ini ditaja oleh Delima Oil, anak syarikat Felda Holdings Sdn Bhd yang menaja minyak masak jenama Saji yang menguasai 27% dari pasaran minyak masak tempatan. Sementara itu program 32 episod ini turut mendapat tajaan lokasi daripada pihak FAMA sepanjang sesi penggambaran dijalankan.

Jihan Raja Lawak turut pamer bakat memasak

Neelofa tunjuk skill memasak

pelacaran Ketuk2 ramadan musim 6

episod bersama neelofa

episod bersama Nur Albaniah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Mahu Ambil Anak Angkat Dari Gaza

Sekitar Minum Petang Rafflesia Bersama Top 5 Pelakon Drama Tamil