in , ,

Artis Kena Ada Rupa Paras Menarik, A. Aida Terus Dikecam

Penerbit Datuk A. Aida yang membuat kenyatan artis “perlu ada rupa paras menarik” terus menerima kecaman penggiat seni termasuk pelakon veteran.

Fauziah Ahmad Daud, dikenali Ogy, mengingatkan A. Aida di Instagramnya semalam supaya “jangan ego dan sombong” berikutan beliau mendapat banyak projek di stesen televisyen.

A.Aida

“Allah beri dan Allah boleh ambil balik. Tak perlu biadab keluar statement (kenyataan) dok menghina rupa paras hamba-hamba Allah. Ada faham!”

– Fauziah Ahmad Daud

Pelakon filem Rock Que Haidar mengingatkan A. Aida yang rupa paras pada zaman sekarang boleh “digilap” tetapi bakat dan ilmu seseorang pelakon kekal walau dimamah usia.

“Sekarang tahun 2019, masih ada lagi orang dalam industri yang berfikiran sebegini. Kita sepatutnya mendidik khalayak supaya lebih dulu menghargai seni dan bakat.

“Ini tanggungjawab kita terhadap masyarakat, bukan sekadar sibuk buat duit. Memalukan. Sila hadam,”

– Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar di Instagram

Pelakon Namron juga tidak bersetuju dengan kenyataan “seorang penerbit yang acah-acah lawa” dan menyindir beliau mahu membikin filem dengan artis yang tiada rupa.

“Pelakon yang hensem dan jambu boleh pi cari produser ni, Tok Ayah reject,”

– Namron di Facebook

Semalam, pelakon Sharifah Amani, 32, menyifatkan mentaliti seperti A. Aida antara punca “kualiti kualiti pelakon semakin jahanam. Hasil kerja pun makin entah apa-apa, disiplin koyak.”

Kelmarin, A. Aida berterus terang kepada 200 peserta uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang ‘tiada rupa’ “supaya jangan buang masa datang ke uji bakat” di Sri Pentas TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Grows Anime Programming Through Partnerships

Seungri Kini Suspek Utama Kes Bapa Ayam & Pelacuran