in

Arja Lee Umum Kerjasama Bersama Raini Exclusive Hasilkan Kurta

Arja Lee, atau nama penuhnya Azharudin Ramli (33 tahun) pelakon ternama Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran koleksi kurta eksklusif yang diberi nama koleksi Dhanee hasil kolaborasi bersama butik online RAINI Exclusive. Didatangkan dalam satu (1) jenis rekaan moden, koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive dihasilkan menurut citarasa Arja Lee sendiri selain memenuhi trend hipster masa kini. Kolaborasi ini juga dilihat sebagai pencetus buat jenama Arja Lee untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen moden.

Arja Lee Lancar Kurta

Koleksi Dhanee menampilkan ciri-ciri rekaan masa kini seperti kemasan lengan yang berbutang ala kemeja, fabrik tidak panas, zip eksklusif dan potongan leher yang selesa. Setiap rekaan koleksi Dhanee hadir dalam pilihan dua belas (12) jenis warna yang pastinya memenuhi citarasa lelaki moden. Koleksi Dhanee ini boleh digayakan dalam sebarang acara kasual, santai mahupun korporat; sesuai buat pemuda aktif namun ingin mengekalkan gaya unggul di khalayak ramai.

Menurut Noraini Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Ainyy Zain, pengasas RAINI Exclusive:

“Pemilihan Arja Lee sebagai rakan kongsi dilihat mampu melonjakkan nama butik online RAINI Exclusive dalam rekaan dunia fesyen moden. Populariti dan tarikan maskulin yang terdapat dalam diri Arja Lee mampu membina aura keyakinan bakal pelanggan ARLEE by RAINI Exclusive ini. Arja Lee juga begitu bersungguh dalam kesemua perbincangan perniagaan sebelum ini demi memastikan semua perancangan berjalan dengan baik.”

Arja Lee Lancar Kurta

Menurut Arja Lee pula:

“Saya melihat kolaborasi ini sebagai batu loncatan buat saya berkecimpung dalam dunia perniagaan. Selepas kejayaan dalam bidang lakonan, saya mahu mencabar diri saya melakukan sesuatu yang baharu. Tawaran daripada RAINI Exclusive hadir tepat pada masanya. Saya berharap penghasilan koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive memenuhi kehendak pasaran Muslim yang kini semakin terbuka dalam penggayaan moden.”

Kolaborasi ARLEE by RAINI Exclusive menyasarkan sasaran jualan sebanyak RM500 ribu dalam jangkamasa tiga (3) bulan selepas pelancaran menerusi pemasaran berkesan. Jualan secara stokis selain pra-tempahan dilihat sebagai strategi terbaik dalam memenuhi kehendak pasaran kini. Malah, pelanggan turut boleh membuat tempahan awal secara atas talian menerusi laman web fesyen Muslim www.roopawan.com mulai 24 Nov 2016 kelak dengan harga permulaan serendah RM129.

ARLEE by RAINI Exclusive kini turut menawarkan peluang perniagaan buat para stokis dalam memasarkan koleksi Dhanee ini. Dengan margin keuntungan sehingga 25%, taruhan rekaan ekslusif ARLEE by RAINI Exclusive mensasarkan lebih 100 orang stokis seluruh negara dalam memenuhi permintaan pelanggan. Untuk maklumat lanjut berkenaan stokis dan tempahan awal, ikuti laman sosial RAINI Exclusive di Facebook – www.facebook.com/rainiexcslusive & Instagram – www.instagram.com/rainiexclusive.

Arja Lee Lancar Kurta

Arja Lee Lancar Kurta

Arja Lee Lancar Kurta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengembaraan Makanan Terulung Dalam OH MY ENGLISH: ROAD TO JOGJA!

Hotel Sense Lokasi Strategik Nuansa Bali