in

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Pada 26 Februari 2014 yang lalu, pelakon bergelar Arja Lee telah selamat melancarkan single pertama berjudul Cerita Pada Mereka yang berlangsung di di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Budiey sangat kagum dengan kegigihan Arja Lee yang mahu meneruskan perjuangannya untuk bergelar penyanyi yang berjaya. Beliau berusaha keras simpan duit untuk melancarkan single ini dan semuanya atas modal sendiri. Dikhabarkan, Arja Lee sudah berhabis wang sebanyak RM30,000 untuk rakaman lagu Cerita Pada Mereka. Tahniah Arja Lee.

Budiey sudah pun mendengar lagu Cerita Pada Mereka dan bagi Budiey lagu ini boleh pergi jauh sekiranya ada permintaan daripada peminat. Apa yang penting sekarang ini, Arja Lee menggesa supaya peminatnya buat permintaan di stesen radio. Barulah radio akan selalu putarkan lagu ni.

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Cari Masa Yang Sesuai Lancar Single Pertama

[dropcap]C[/dropcap]erita Pada Mereka dicipta oleh seorang komposer muda berbakat besar yang juga rakan baiknya yang juga merupakan graduan dari Aswara, Keroz Nazri dan dia percaya lagu pop balada berkenaan dapat memperkenalkan dirinya sebagai seorang penyanyi berbakat besar. Manakala muzik lagu ini disusun oleh Alfa Booty.

[pullquote]Sebelum ini, Arja Lee pernah mencuba nasib dengan menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Audition dan Gangstarz. Malah sebanyak dua kali dia cuba menyertai Akademi Fantasia – pada musim keenam dan kesepuluh. Namun, Arja Lee gagal melangkah ke peringkat seterusnya. Semangatnya masih belum luntur dan beliau terus mencuba dan mencuba.[/pullquote]

Arja Lee percaya pada rezeki dan percaya suatu hari nanti takdir akan menyebelahinya. Selain gigih meneruskan perjalanan seninya di pentas teater, Arja Lee juga kini sudah boleh mengukir senyuman lebar kerana berjaya menempatkan dirinya sebagai pelakon drama. Sejak memegang watak Ramzul dalam drama bersiri Ariana Rose, nama Arja menjadi sebutan ramai.

Arja Lee menafikan yang dia dah kecewa selepas menyertainya pelbagai program realiti sehingga memaksanya menerbitkan sendiri lagu untuk bergelar penyanyi. Sebaliknya, selepas drama Ariana Rose popular dan melonjakkan namanya, dia merasakan kini adalah waktu yang tepat untuknya melancarkan single tersebut.

“Bukanlah sebab saya kecewa sehingga terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk jadi penyanyi tetapi sudah sampai masanya. Kebetulan, rezeki dalam lakonan lebih banyak membolehkan saya mengumpul wang untuk merakamkan lagu. Waktunya juga sesuai untuk lancarkan single kerana drama Ariana Rose baru sahaja tamat dan saya telah berjaya mengumpul ramai peminat baharu.”

Menurut Arja, tiada istilah terlambat dalam mencapai cita-citanya. Masa untuk mengecap kejayaan akan tiba juga jika berusaha dengan gigih dan terus mencuba. Paling penting, Arja Lee atau nama sebenarnya, Azharudin Ramli ini bersemangat dan baginya dia tak akan mengaku kalah atau berhenti berusaha untuk merealisasikan impiannya itu.

Inilah Bukti Kesungguhan Arja Lee

 

[dropcap]K[/dropcap]emunculan single Cerita Pada Mereka menjadi bukti kesungguhannya dalam dunia nyanyian. Ini adalah bukti bahawa minatnya bukan sahaja cenderung dalam bidang lakonan tetapi sebenarnya bermula sebagai seorang penyanyi.

Arja Lee juga tak kisah mengenai pandangan orang lain kerana dia bekerja keras untuk memastikan kerjaya seninya terus berkembang.

“Menjadi penyanyi adalah impian saya sejak kecil. Dek minat, saya beberapa kali mencuba nasib dalam beberapa program realiti tetapi rezeki tidak menyebelahi saya. Penghasilan single ini adalah usaha dan bukti saya serius mahu menjadi bergelar penyanyi. Tak ramai orang yang tahu bahawa saya bermula sebagai seorang penyanyi.  Saya telah menyanyi sejak  dari kecil lagi dan sehingga kini masih terus minat menyanyi. Jika ada kelapangan, saya selalu membuat persembahan untuk majlis makan malam mahupun acara korporat, tetapi tidak sebagai seorang penyanyi komersial. Lagu Cerita Pada Mereka inipun telah disimpan oleh komposer lagu ini selama dua tahun dan baru sekarang saya berpeluang merakamkannya dan melancarkannya tidak lama lagi. Saya percaya, ianya merupakan sebuah lagu yang cukup sempurna buat saya dan harapan saya supaya peminat dapat menerima saya sebagai seorang penyanyi pula. Cukup istimewa kerana  saya menggunakan duit poket saya sendiri dan rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk saya melancarkannya,

Tambah Arja, arwah ibunya yang meninggal dunia tahun lalu adalah pemangkin semangat terbesarnya untuk terus bertahan dalam industri ini.

“Saya mengalirkan air mata kerana teringatkan arwah ibu kerana dia tidak sempat melihat kejayaan saya. Ketika menyanyi lagu pertama saya itu, saya membayangkan dia berada di hadapan saya.”

Ada Cerita Di Sebalik Cerita Pada Mereka

[dropcap]B[/dropcap]ercerita lanjut mengenai Cerita Pada Mereka, Arja berkata, lagu itu dicipta khas komposer dan penulis lirik Keroz Nazri dua tahun lalu. Bagaimanapun dia tidak mahu terburu-buru mengeluarkan single berkenaan dan memilih 2014 untuk melancarkan karier nyanyiannya.

“Cerita Pada Mereka adalah sebuah lagu pop balada yang mengisahkan pasangan bercinta yang putus di tengah jalan. Walaupun cinta mereka tidak kesampaian, adalah lebih baik untuk meninggalkan semua memori manis itu di dalam ingatan dan mengingati semua perkara yang baik bersama. Buang yang pahit dan ambil yang manis.”

arja lee

Kulit Album Yang Simple Tapi Ada Makna

Budiey suka dengan cover kulit album single ini yang menggunakan dua warna asas iaitu putih dan hitam. Sangat ringkas dan tidak berserabut.

“Konsep yang akan saya ketengahkan untuk imej kulit album lagu ini nanti sangat ringkas di mana permainan warna putih, hitam dan kelabu menjadi pilihan saya kerana bagi saya ianya cukup eksklusif, moden lagi tersendiri.”

Walaupun menghasilkan single pertamanya, Arja berkata, dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan kerana cabang seni itu yang menaikkan namanya dalam industri seni tempatan. Apatah lagi, jadual lakonannya penuh hingga penghujung tahun ini dan bersyukur bakatnya semakin diterima baik produksi dan peminat.

Semoga Arja Lee terus sukses!

Di bawah ini beberapa gambar menarik sekitar pelancaran yang dirakam oleh lensa Budiey:

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Sulung Che Ta Dapat 9A Mahu Hadiah Kereta Sport?

Peraduan Menang Tiket Konsert Dayang Nurfaizah & Marcell Istana Budaya